Dunia ini hanyalah persinggahan. Apabila tiba masanya
yang telah pun tertulis di Luh Mahfuz, kita akan kembali kepada Sang Pencipta.
Tidak lambat sesaat dan tidak pula cepat sesaat. Bilakah masanya, dimanakah
tempatnya, bagaimanakah caranya… semua ini adalah ‘rahsia’ Allah (SWT). Hanya
DIA Yang Maha Mengetahui.
Kita?
Perlulah sentiasa bersedia!
Jika hari ini kita
mendengar perkhabaran atau terbaca berita kisah seseorang meninggal dunia, atau
kita melihat jenazah seseorang diuruskan, akan tiba masanya nanti, giliran kita
pula. Setiap orang menunggu giliran masing-masing. Kamu dahulu, atau saya
dahulu? Yang pasti, itulah perjalanan yang perlu kita tempuhi, sebagai ‘permulaan’
untuk menuju ke negeri abadi. Iaitu K E M A T I A N.
Justeru itu, kita perlulah membuat persediaan untuk
menghadapi saat kematian, samada dari segi ibadah khusus dan ibadah umum sebagai
bekalan untuk di bawa ke sana nanti. Tentang ibadah, tak perlu saya ulas di
sini kerana saya pasti anda sudah sedia maklum mengenainya.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini pada hari ini
ialah mengenai persediaan yang sepatutnya kita buat ke atas harta kita, samada
dalam bentuk hibah dan wasiat.
Sikit atau banyak, harta mestilah diuruskan dengan sebaiknya. Ada yang menganggap bahawa harta yang banyak saja perlu diurus dan diwasiatkan. Fahaman ini tidak tepat sama sekali. Walaupun hanya sebuah basikal, ia tetap perlu di uruskan dengan sebaiknya.
Gambar sekadar hiasan |
Kita seringkali mendengar atau membaca kisah-kisah
tentang kematian mengejut yang berlaku. Bagi kaum wanita khususnya, kematian
suami secara mengejut adalah mimpi ngeri namun ia adalah sebuah kenyataan yang sangat pahit untuk ditelan. Namun, ia perlu ditempuhi jua.
Kematian mengejut, sangat memberikan kesan kepada Waris. Apakah kesannya? Anda boleh baca DI SINI.
Inilah permulaan fasa kehidupan baru yang perit yang perlu mereka tempuhi samada
mereka memiliki anak atau sebaliknya. Banyak kisah sedih dan kita tak sangka
akan terjadi apabila melibatkan harta peninggalan si mati. Bayangkan, jika wanita tersebut ialah surirumah yang tidak mempunyai sumber pendapatan, yang bergantung hidup kepada si suami. Tiba-tiba suami meninggal dunia. Suami pula tidak membuat sebarang wasiat atau hibah. Luka bertambah dalam apabila pihak waris suami berebut harta si mati. Ia adalah kisah yang panjang... penuh luka dan airmata.
Pertelingkahan tentang pembahagian harta pusaka banyak berlaku kerana si mati tidak membuat pengurusan harta pusaka semasa masih hidup. Ia
menyukarkan waris untuk menguruskannya jika kata persefahaman
tidak ditemui. Malah, banyak kes sehingga berlaku perbalahan, pertumpahan darah
dan paling menyedihkan terputusnya silaturrahim kerana harta pusaka.
Anda boleh baca Kes Berkaitan Wasiat untuk Ikhtibar Bersama.
Sebagai suami, khususnya, pasti anda tidak mahu perkara sebegini berlaku pada diri anda dan orang yang anda sayangi, bukan? Bayangkan nasib isteri dan anak-anak anda. Susah sangat ke nak luangkan sedikit masa dan keluarkan sedikit kos untuk membuat pengurusan harta anda demi orang tersayang?
Perkara ini boleh dielakkan jika semasa hidup kita
membuat perancangan dan pengurusan harta dengan baik, seperti membuat hibah dan
wasiat secara sah mengikut syariat dan undang-undang.
Anda hanya perlu
mengeluarkan sedikit sahaja kos untuk melantik Wasi dan Pentadbiran Harta Pusaka yang akan bertanggungjawab
dan membantu anda dalam pengurusan harta pusaka. Namun sayangnya, ramai yang bertangguh kerana merasakan lambat lagi untuk mereka mati! Tunggu dululah. Minggu depan, bulan depan, tahun depan... sampailah sampai saat masanya nyawa bercerai dari badan pun tak terbuat juga. Benarlah, bertangguh pencuri masa, rebutlah masa lapang sebelum masa sempit, dan rebutlah masa hidup sebelum masa mati.
Jika anda ingin ketahui, adakah anda tergolong dalam 8 Situasi Sangat Berisiko Tinggi Jika Anda Tiada Wasiat, anda baca dahulu perkongsian itu. Adakah anda salah seorang daripadanya? Jawapan ada pada diri anda sendiri!
Untuk itu, saya berharap agar apa yang saya kongsikan ini dapat memberikan anda ilmu dan kesedaran tentang betapa pentingnya kita menguruskan harta kita sebelum kita mati. Yang pergi tetap pergi, namun biarlah kita pergi dalam keadaan yang kita dah bersedia untuk meninggalkan insan yang kita sayang dengan memberikan mereka kesenangan dan tidak menyusahkan mereka.
Jika ada inginkan maklumat mengenai Hibah dan Wasiat, atau perkara berkaitan pengurusan harta pusaka, anda boleh hubungi saya. InsyaAllah, saya akan membantu anda.
FairuzRamli
- Membuat Wasiat Itu Mudah -