Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Cara Urus Pusaka Arwah Di Pejabat Pusaka Kecil

 





pusaka kecil


Harta pusaka kecil ialah harta peninggalan si mati yang berupa harta tak alih sahaja, seperti tanah dan rumah

Atau

Harta tak alih bersama harta alih seperti wang simpanan, saham dan kenderaan yang nilai harta keseluruhannya tidak melebihi 2juta ringgit pada tarikh permohonan.

Sebarang harta si mati bagi orang bukan Islam yang mengandungi wasiat di bawah ordinan wasiat no.38 tahun 1959, tidak ditakrifkan sebagai harta pusaka kecil.

 

SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON?

Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:-

  1. Waris - waris si mati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
  2. Pemiutang dan pengkaveat;
  3. Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
  4. Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
  5. Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
  6. Amanah Raya Berhad .

 

DI MANAKAH PERMOHONAN BOLEH DIKEMUKAKAN?

Borang permohonan boleh didapati di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tak alih si mati terletak atau pun dicetak daripada portal JKPTG

Sekiranya simati mempunyai harta tak alih ( tanah ) di banyak tempat sama ada di dalam negeri yang sama atau negeri yang berlainan, permohonan pembahagian kesemua harta tak alih itu hendaklah dikemukakan di salah satu daerah sahaja iaitu di mana harta tak alih itu terletak.

 

Cara Membuat Permohonan Mengurus Pusaka

Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat secara atas talian dengan melayari portal Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan DI SINI

Terdapat 2 jenis permohonan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu

  • Permohonan di bawah seksyen 8 (borang A)

Borang A adalah untuk permohonan baru yang mana tiada apa-apa permohonan difailkan sebelum ini atas nama si mati.

  • Permohonan di bawah seksyen 17 (Borang P)

Borang P ialah untuk pemohonan berikutnya di mana sebelum ini telah ada permohonan harta pusaka kecil di bawah Seksyen 8 dan sudah diselesaikan. 

Borang P dimasukkan dalam keadaan terdapat harta yang tertinggal dalam permohonan terdahulu, melantik pentadbir atau pemegang amanah untuk membuat pembahagian terus kepada waris-waris serta menarik balik Kaveat Pendaftar.

 

Borang  yang sudah lengkap diisi hendaklah ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Majistret dan dihantar bersama dokumen sokongan ke Unit Pembahagian Pusaka dalam tempoh 21 hari dari tarikh penghantaran permohonan dalam talian.


Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah:

  1. Bukti Kematian.
  2. Sijil kematian/permit menguburkan;  atau
  3. Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan Jepun dan sebelumnya; atau
  4. Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh  Mahkamah Tinggi dalam keadaan  seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya  kejadian.
  5. Dokumen Harta Tak Alih - Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah  atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada).
  6. Salinan dokumen harta - harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.

 

Senarai semak dokumen sokongan yang diperlukan boleh didapati DI SINI untuk borang A  dan senarai semak dokumen sokongan borang P boleh didapati DI SINI.


Permohonan yang telah siap diproses akan dipanggil bicara menerusi Notis Bicara (Borang D/S). Tujuan perbicaraan ialah untuk menentukan waris-waris yang berhak, memastikan harta yang dituntut adalah kepunyaan si mati dan menentukan cara pembahagian harta pusaka si mati.

Perintah Pembahagian dan Surat Kuasa Mentadbir (Borang E/F/T) akan dikeluarkan bagi kes yang selesai.


cara urus pusaka


 

Sumber rujukan:

https://www.jkptg.gov.my