Masalah yang Muncul Bila Tak Buat Wasiat
Pening memikirkan masalah akibat tidak membuat wasiat islam |
Dalam Dunia Realiti Bila Seseorang Islam Meninggal Dunia dan Tidak Membuat Sebarang Wasiat, Akibatnya Ialah:
1) Proses Pertukaran Nama Bermasalah
- Kereta atas nama arwah, rumah atas nama arwah, akaun bank atas nama arwah, unit trust atas nama arwah, emas public bank atas nama arwah, asb atas nama arwah, nasiblah KWSP ada penama untuk keluarkan duit KWSP tu segera. Jadi macam mana item-item selain KWSP? Hanya owner sahaja boleh buat pertukaran nama. Kalau owner buat juga, bank pun boleh tutup kan (orang meninggal mana boleh datang buat pertukaran nama)? hahaha.
- Ada kes di mana, ahli keluarga buat tak tau sahaja dan anak arwah telah menggunakan kereta milik arwah dan terlibat dalam kemalangan yang serius. Muncul masalah baru kerana, insurans tak cover jika owner insurans kereta telah meninggal dunia. Kes ini berlarutan di Mahkamah dan akhirnya tuntutan penyelesaian terhadap kes ini, telah di ambil daripada sebahagian harta pusaka. Proses seperti ini menganiaya mangsa kemalangan kerana tempoh yang lama dan juga menganiaya waris si mati kerana, bahagian masing-masing kene potong untuk selesaikan kes kemalangan tersebut. Berhati-hatilah tentang perkara ini kerana harta si mati, selagi belum tukar nama jangan digunakan sewenang wenangnya.
2) Proses Penjualan Aset Bermasalah
- Kadang-kadang ada harta arwah yang ingin dijual atau ingin ditukar nama hak milik. Memang di Pejabat Tanah, tanda tangan dan kehadiran pemilik asal seperti dalam geran diperlukan. Bagaimana kalau pemilik telah meninggal dunia? Cukupkah semata-mata membawa sijil kematian dan mohon untuk buat pertukaran? Jawapannya memang tidak dilayan. Mana boleh macam tu je. Sijil kematian tidak membawa apa-apa erti kepada pihak terbabit. Mereka memerluka Surat Kuasa yang didatangkan daripada Mahkamah Tinggi
3) Akaun bank dibekukan
- Tahukah anda apabila pihak bank dapat tahu tentang kematian pemilik akaun, maka semua akaun bank akan dibekukan serta merta. Jangan haraplah anda dapat buat pengeluaran di ATM atau Online Transfer lagi. Kadang-kadang, pengeluaran wang daripada ATM sebanyak RM3000 berturut-turut selama 3 hari menyebabkan penyiasatan ke atas status pemilik akaun akan dilakukan. Inilah punca akaun dibekukan serta merta.
- Apabila anda masih tak uruskan hal berkaitan Surat Kuasa daripada Mahkamah Tinggi, dalam 7 Tahun masih tak selesai, semua wang arwah akan dipindahkan ke Registrar of Unclaimed Monies. Memang susahlah kalau duit dah masuk dalam Pesuruhjaya Wang Tak Dituntut ni. Aduh...
4) Nasib Anak Angkat Bertambah Malang
- Tahukah anda, jika anda memang ada seorang anak angkat sahaja dan tiada datuk, maka anak tersebut memang tak layak mendapat apa-apa. Jika ada wasiat ditulis sekalipun, undang-undang faraid menyatakan hanya maksimum 1/3 daripada nilai keseluruhan harta pusaka boleh diberikan kepada anak angkat. Jika tiada wasiat langsung, bermakna anak angkat tersebut perlu memulakan hidup sebatang kara!
- Tahukah anda, jika anda memang ada seorang anak angkat sahaja dan tiada datuk, maka anak tersebut memang tak layak mendapat apa-apa. Jika ada wasiat ditulis sekalipun, undang-undang faraid menyatakan hanya maksimum 1/3 daripada nilai keseluruhan harta pusaka boleh diberikan kepada anak angkat. Jika tiada wasiat langsung, bermakna anak angkat tersebut perlu memulakan hidup sebatang kara!
- Harta si arwah akan diberikan kepada adik beradik lelaki yang masih hidup. Itupun jika adik beradik anda sudi untuk memberikan sebagian harta pusaka terutamanya rumah kepada anak angkat anda.
- Jika ayah anda / datuk kepada anak angkat masih ada, datuk akan mendapat semua harta anda. Ada kes-kes sebelum ini, datuk tidak dapat menerima kehadiran anak angkat tersebut kerana berpendapat bukan darah daging dan belum pernah dalam keluarga yang mengambil anak angkat. Ini menyebabkan nasib anak angkat bertambah malang dengan tiada lagi sesiapa untuk menjaga mereka.
5) Hutang Anda Tak Selesai dan Tak Tenteram Dalam Kubur
- Antara perkara utama dalam surat wasiat adalah senarai hutang atau pemberi hutang supaya anda boleh pemegang amanah wasiat boleh selesaikan bagi pihak anda selepas anda meninggal dunia. Dan juga jadi tanggungjawab kami untuk mencari sehingga jumpa sebarang hutang-hutang anda yang belum diselesaikan.
- Pernah ada satu kes di mana, anak-anak si mati telah berjaya mengeluarkan duit KWSP setelah penama yang digunakan oleh arwah adalah nama isterinya. Setelah sebahagian duit digunakan untuk proses pengebumian, baki tersebut telah di bahagi sama rata antara ibu dan anak-anak. Semua berpuas hati kerana diberikan secara sama rata. Tunggu! Ini adalah tindakan yang AMAT SALAH! Tahukah anda tanggung jawab sebenarnya selepas proses pengebumian arwah adalah mencari hutang-hutang arwah dan menyelesaikannya dahulu? Isteri dan anak-anak gembira dengan wang yang dibahagi-bahagikan, tapi arwah di bawah sana TERSEKSA kerana hutang tertunggak dan tiada siapa peduli untuk selesaikan. Duit peninggalan ada, tapi hutang masih tertunggak...
Hubungi Saya Segera Whatsapp Call 0134 555 888
Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/suratwasiatislam
Hubungi Saya Segera Whatsapp Call 0134 555 888
Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/suratwasiatislam