Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Cara Buat Hibah Untuk Keluarga

 

hibah keluarga

Harta yang tidak diurus dengan betul dan tidak dirancang pengagihannya, akan menimbulkan banyak masalah apabila berlaku kematian ke atas pemilik harta.

Sudah terdapat banyak kes di luar sana yang menyaksikan berlaku perebutan dan pertikaian berkaitan harta antara ahli waris, disebabkan tiada pesanan atau perancangan yang ditinggalkan oleh pemilik harta.

Kasihan kepada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan, kerana harta-harta anda bukan semuanya akan menjadi milik mereka.

Isteri anda akan mendapat bahagian yang kecil sahaja daripada harta anda dan rumah yang anda sekeluarga duduki, juga termasuk dalam harta pusaka yang boleh dituntut ahli waris, sekiranya anda tidak membuat perancangan yang rapi.

Pengurusan harta secara bijaksana dan terancang perlu dilaksanakan supaya dapat memberi kelegaan kepada waris yang ditinggalkan dan tidak berubah menjadi malapetaka yang menyusahkan semua pihak.


HIBAH

 Islam telah menggariskan pelbagai panduan dan instrument pengurusan harta yang terbaik seperti hibah dan wasiat, tetapi ramai masih tidak mengetahui dengan jelas akan hal ini dan selalu bersikap sambil lewa dalam soal pengurusan harta, sehingga menyebabkan berlakunya banyak kekecohan selepas berlakunya kematian pemilik harta.

 

Hibah bermaksud satu pemberian harta tanpa paksaan, kepada penerima, atas dasar kasih sayang dan tidak mempunyai apa-apa niat atau maksud tertentu atas pemberian itu. Pemberian ini berlaku semasa pemilik harta masih hidup.

Menurut hukum syarak,  barang atau harta yang hendak dihibah itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:


i. Harta tersebut milik Penghibah;

» Penghibah adalah tuan punya barang yang dihibahkan.

» Penghibah mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya.


ii. Harta tersebut boleh dipindah milik atau diserahkan;

» Contohnya: geran tanah atau geran rumah serta saham yang boleh dipindah milik atau wang tunai yang boleh diserahkan kepada Penerima Hibah.


iii. Harta Hibah wujud semasa akad dibuat;

» Penghibah perlu memastikan harta yang hendak dihibahkan wujud semasa akad dibuat.

» Contoh: sekiranya Penghibah memberi Hibah sebuah rumah, beliau perlu memiliki rumah tersebut.

» Harta tersebut dikenal pasti;

» Penghibah telah memastikan jenis harta yang hendak dihibahkan.

» Contoh: jika harta yang dihibahkan adalah tanah atau rumah, Penghibah telah mengetahui jenis tanah, lokasi dan keluasan tanah tersebut.


iv. Harta tersebut halal di sisi syarak;

» Harta yang dihibahkan mestilah halal dan bukan daripada unsur-unsur haram.

» Contoh: harta tersebut bukan hasil daripada unsur-unsur haram seperti hasil daripada perjudian, penjualan arak, dan barangan curi.


v. Mempunyai nilai di sisi syarak;

» Harta yang dihibah mestilah memberi nilai kepada penerima.

» Contoh: menghibah seguni beras bukannya sebutir beras

 

Kenapa Anda Kena Sediakan Hibah Untuk Keluarga?

 

  • Sebagai jaminan kewangan untuk isteri  meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
  • Hibah rumah supaya anak dan isteri anda ada tempat berteduh sekiranya anda meninggal dunia dan tidak perlu keluar meninggalkan rumah yang sama-sama anda duduki sebelum ini kerana dituntut oleh ahli waris yang lain
  • Supaya tidak berlaku pergaduhan sesama ahli waris

 

Jenis-jenis Hibah

 Hibah Amanah

Hibah amanah adalah pemberian secara terus oleh penghibah kepada penerima hibah, tetapi penerima hibah belum atau tidak berkelayakan untuk memiliki harta tersebut.

Contohnya, seorang bapa menghibahkan sejumlah wang untuk anaknya yang masih di bawah umur.

Oleh itu, akan dilantik pemegang amanah bagi harta tersebut untuk menjaganya sehingga anak itu berusia 18 tahun.

 

Hibah Bersyarat

Hibah bersyarat ialah pemberian harta oleh penghibah kepada penerima dengan diiringi syarat tertentu yang dipersetujui bersama.

Contohnya, seorang suami menghibahkan rumah sewa kepada isterinya dan suami masih lagi mahu mendapat manfaat duit hasil sewaan itu sehingga meninggal dunia nanti, walaupun rumah telah ditukar hak milik.

 

Hibah Mutlak

Hibah mutlak ialah pemberian terus kepada penerima. Contohnya, seorang suami menghibahkan sebuah rumah kepada isterinya dan terus memindahkan hak milik rumah ke atas nama isteri.

 

 Bagaimanakah Cara Buat Hibah Untuk Keluarga Anda?


cara buat hibah


 Hibah boleh berlaku apabila cukup semua syarat hibah dipenuhi. Tetapi untuk menguatkan lagi hibah itu, suatu dokumen perisytiharan hibah perlulah disediakan. Dokumen ini akan mengandungi lafaz akad pemberi dan penerima hibah.

Dokumen hibah mestilah disahkan oleh Mahkamah Syariah supaya hibah itu boleh dikuatkuasakan.

 Permohonan hibah biasanya dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah dan proses penghibahan telah diringkaskan mengikut prosedur berikut:

 

  1. Penghibah perlu mengisi borang dengan lengkap
  2. Pegawai yang mengurus menerima borang yang telah lengkap berserta dengan yuran yang telah ditetapkan
  3. Pegawai mendaftarkan permohonan ke dalam sistem rekod hibah
  4. Penyediaan draf dokuman perisytiharan hibah
  5. Penyemakan dokuman perisytiharan hibah
  6. Temujanji dengan Penghibah dan Penerima Hibah untuk tandatangan dokuman
  7. Membuat pengesahan dokuman perisytiharan hibah di LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
  8. Melaksanakan hibah melalui proses pindah milik di PTG (Pejabat Tanah dan Galian) atau mana-mana jabatan yang berkaitan
  9. Pendaftaran pindah milik (jika berkaitan)
  10. Mengesahkan Hibah di Mahkamah Syariah (jika berkaitan)
  11. Penyerahan Perisytiharan Hibah kepada penghibah
  12. Simpan satu Salinan dokuman Perisytiharan Hibah dalam almari besi berkunci
  13. Terima permohonan pembatalan (jika berkaitan)

 

Mungkin nampak sedikit rumit jika anda uruskan sendiri. Jadi apa yang boleh anda buat?

 

Anda sangat-sangat digalakkan untuk melantik ‘wasi’ atau pentadbir/pemegang amanah bagi menguruskan harta anda.

 Dokumenkan segala perancangan hibah anda dengan bantuan pakar yang berkelayakan dalam bidang pengurusan harta.

Saranan saya, lantiklah ‘wasi’  dari syarikat amanah, kerana syarikat amanah sentiasa akan ada dan tidak boleh ditutup sesuka hati.

Perlantikan ‘wasi’ yang sememangnya pakar dalam bidangnya, akan memastikan kelancaran pengagihan harta hibah kepada keluarga anda.

 Syarikat kami menyediakan servis penulisan dan penyediaan dokumen hibah, bagi memudahkan urusan anda. Kami juga menawarkan servis rundingan dan khidmat nasihat untuk anda lebih jelas berkenaan isu hibah ini.