8 Situasi Sangat Berisiko Tinggi Jika Anda Tiada Wasiat- Mungkinkah anda Salah Seorang Dalam Situasi Ini?
Risiko tangguh buar Wasiat Islam |
Cuba semak 8 situasi di bawah sama ada kena dengan situasi anda:
(1) Anda mempunyai anak angkat malangnya anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka. Jika sayang, bertindaklah demi kebajikan anak angkat anda.
(2) Anda mempunyai anak perempuan sahaja, dan tidak mahu adik-beradik anda mewarisi harta pusaka anda. Buat wasiat supaya harta anda dapat diwariskan sepenuhnya pada anak perempuan anda.
(3) Anda tidak ada anak dan siapa yang berhak mewarisi harta anda. Sekurang kurangnya anda beri kepada badan kebajikan pilihan anda secara wasiat. Ingat, sedekah jariah adalah satu dari tiga amalan yang dibawa ke mati...Insya Allah.
(4) Anda kurang puas hati apabila balu isteri anda mendapat 1/8 daripada harta pusaka di bawah Hukum Faraid, sedangkan baki 7/8 mungkin dibahagi kepada semua anak anda. Sekurang-kurangnya balu anda patut dapat sebuah rumah penuh tanpa pecahan pemilikan. Itulah tempat berteduh selepas meninggal dunia nanti.
(5) Anda mempunyai anak di bawah 18 tahun, dan risau siapa yang akan menjaga harta pusaka itu sekiranya anda pergi dahulu. Kalau umur baru 3 bulan hingga 2 tahun, lagi lah risau. Bahagian pusaka anak anak bawah umur tidak berjaga dan tak dapat digunakan untuk meneruskan hidup anak tersebut.
(6) Anda mempunyai anak istimewa atau OKU dan risau siapa yang mengambil berat ke atasnya seperti menyara hidup, memberi pelajaran dan perubatannya sekiranya anda pergi dahulu. Jangan lepas tangan. Hidup mereka mungkin lebih panjang, dan jangan biarkan mereka teruskan hidup dalam derita sehingga mereka tua.
(7) Anda inginkan kedamaian selepas kematian, dan ingin tahu bagaimana harta anda dapat disedekahkan kepada fakir miskin, anak yatim, pusat tahfid al-Quran, masjid dan badan-badan lain. Anda juga mahu semua hutang piutang anda diselesaikan di dunia ini.
(8) Anda tahu kos menguruskan pembahagian harta pusaka mungkin mencecah berpuluh ribu ringgit dan waris-waris tidak berupaya menguruskan harta pusaka. Jangan cerita puluh ribu, adakah kos awalan pengurusan pusaka RM2-4 ribu mampu disediakan oleh waris anda?
(8) Anda tahu sebanyak RM50 bilion harta orang Islam terbeku kerana waris-waris gagal mengambil tindakan segera harta pusaka si mati. Ia mungkin berlaku kepada famili anda di mana anak-anak tidak berpengalaman dan mempunyai masa menguruskan harta pusaka anda. Kadang-kadang ada masa tapi tiada ilmu nak uruskan. Kadang-kadang pula, ada masa tapi tak ada duit untuk menguruskan semua ini. Setiap urusan akan memerlukan duit yang banyak dan masa yang sangat panjang hingga bertahun tahun.
Jika anda adalah salah satu daripada contoh di atas, bertindak SEGERA untuk perancangan wasiat anda.
Untuk Perancangan bijak wasiat, Whatsapp FairuzRamli 0134555888.
Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/suratwasiatislam
Jika anda adalah salah satu daripada contoh di atas, bertindak SEGERA untuk perancangan wasiat anda.
Untuk Perancangan bijak wasiat, Whatsapp FairuzRamli 0134555888.
Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/suratwasiatislam