Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Mati adalah sebenarnya permulaan untuk kita melangkah ke dunia dan alam yang kekal abadi. Selamanya. Kita perlu buat persediaan dari segi bekalan amalan untuk di bawa ke 'sana' dan juga persediaan untuk kita tinggalkan di dunia ini. Antaranya ialah berkenaan urusan hutang dengan Allah, hutang dengan manusia dan juga harta-benda yang akan kita tinggalkan kepada waris-waris.
Bukan tentang harta saja kita perlu buat, tapi tentang hutang-piutang pun kena ada persediaan. Berat hukum tentang hutang-piutang ni, tak kiralah hutang dengan Allah atau pun sesama manusia.
Dalam perkongsian hari ini, saya ingin berkongsi tentang persediaan sebelum meninggal dunia iaitu menyediakan Fail Faraid Peribadi.
Info ini dikongsikan oleh seorang Peguam di Facebook. Saya mengambil info tersebut yang dikongsikan di Majalah Keluarga.my. Di sini juga, saya kongsikan cadangan kandungan Fail Faraid Peribadi untuk rujukan dan persediaan kita bagi yang belum melakukannya.
Contoh Fail Faraid Peribadi Tuan Peguam Tersebut:
- Salinan kad pengenalan isteri/suami/ibu/bapa & anak-anak
- Salinan surat nikah
- Salinan sijil lahir anak-anak
- Salinan sijil mati ibu/bapa
- Salinan sijil mati mertua
- Polisi asal takaful
- Maklumat tentang akaun bank/tabung haji/kwsp/UT/ASB, etc
- Maklumaat tentang e-Wallet
- Maklumat tentang wang crypto
- Wang kertas lama
- Geran kereta
- Geran rumah
- Sijil pemberitahuan hakcipta
- Maklumat tentang hutang
*Ini adalah saranan daripada Tuan Peguam tersebut sahaja. Kita buatlah Fail Faraid Peribadi kita mengikut dokumen dan keperluan kita masing-masing. Jadikan ia sebagai panduan bagi memudahkan urusan kita dalam penyediaan dokumen yang ingin diletakkan di dalam Fail Faraid Peribadi tersebut.
Selepas itu, bila kita telah selesai menyediakan Fail Peribadi Faraid ni, janganlah pula sembunyikan sampai tahap orang susah nak jumpa! Ini bukan rahsia. Kita kena maklumkan kepada pasangan/anak-anak/waris terdekat atau individu yang kita percayai. Mereka inilah yang akan menjadi wakil kita setelah kita meninggal dunia nanti untuk membuat urusan yang perlu di mana mereka akan memerlukan dokumen-dokumen yang kita letakkan di dalam Fail Faraid Peribadi tersebut.
Selain itu, antara perkara penting ialah sekiranya kita ada mengambil hibah, polisi insurans, pelaburan, simpanan, unit amanah, dan juga WASIAT, anda mesti memaklumkan kepada orang yang anda percayai dan memberikan kepada mereka maklumat tentang agent, syarikat atau WASI untuk waris kita hubungi apabila kita meninggal kelak. Sediakan buku nota khas atau catatan atau dalam bentuk softcopy tentang nama, no telefon, syarikat, dan di mana mereka boleh ditemui atau dihubungi dan peranan mereka supaya mudah untuk dihubungi kelak.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Cara Nak Mula Buat Wasiat dan Hibah, anda boleh hubungi saya. InsyaAllah, saya akan membantu anda. KLIK DI SINI untuk terus Whatsapp kepada saya.