Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Harta Yang Tidak Dikira Sebagai Pusaka

Harta Yang Tidak Dikira Sebagai Harta Pusaka

Harta Bukan Pusaka
Harta Bukan Pusaka


Tahukah anda bukan semua harta adalah dianggap sebagai harta pusaka. Memang benar atas pemilikan si mati akan menjadi harta pusaka, namun kita perlu beri perhatian tentang asal usul pemilikan tersebut. Atas dasar itu, ia mungkin bukan harta pusaka dan tidak boleh dituntut secara faraid dan hanya mengikut undang undang pemilikan faedah atau harta tersebut tanpa melibatkan soal faraid dalam pembahagiannya.

Harta yang telah diberikan si mati kepada seseorang semasa hayatnya (hibah)

Kalau asal usulnya si mati telah pun semasa hidupnya menghadiahkan atau hibah kepada seseorang, apabila berlaku kematian, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh waris. Walaupun begitu, perlu dilihat juga tentang faktor hitam putih penukaran hak milik dihibah tersebut. Jika telah ditukar nama atau ada sebarang dokumen pemberian hibah, maka jika di bawa ke mahkamah, boleh terbatal tuntutan faraid waris waris si mati. 




Harta yang telah dijual oleh simati.


Jika memang harta tersebut telah dijual dan mempunyai bukti bayaran, maka tidak boleh bagi waris waris menuntut hak ke atas harta tersebut. Ini kerana pemilikan telah dipindahmilik melalui akad jual beli.


Harta yang telah diwakafkan.


Ini memang kes yang selalu berlaku pertengkaran dikalangan waris. Apa yang berlaku ialah, pemilik tidak memberitahu kepada waris bahawa harta tersebut telah di wakafkan. Berlaku suatu kes dimana, si mati telah mewakafkan tanah kepada qariah masjid. Setelah belasan tahun, waris kembali menuntut tanah tersebut walaupun telah diusahakan oleh pihak masjid. Waris turut melaporkan kepada pihak polis tentang hal tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa si mati telah mewakafkan tanpa memaklumkan kepada waris. Apapun, sebagai langkah berjaga, pastikan niat wakaf disertakan dengan dokumen hitam putih.


Harta yang dipegang amanah.


Ada juga harta yang bersifat hanya dipegang amanah. Ini kerana terdapat perjanjian sebelum ini yang mengekang pemegang amanah daripada menurunkan pewarisan hakmilik kepada waris. 
Pastikan surat ikatan amanah disertakan supaya jelas tentang amanah dan sifat halangan pewarisan harta tersebut.


Khairat kematian.


Jangan salah faham. Duit khairat kematian yang dicarum oleh simati semasa hidup tidak boleh diwariskan secara faraid. Ia seharusnya milik pasangan simati atau sesiapa sahaja yang diberikan mengikut perjanjian dan peraturan badan yang mengurus khairat kematian. Ini bukanlah harta pusaka yang perlu diputuskan oleh waris berhak. Pihak berhak yang utama ialah pemberi khairat di mana mereka berhak memberi sebarang jumlah dan kepada mana mana waris yang difikirkan perlu oleh mereka. Harap jelas dan tidak ada salah faham.



Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian.


Kadang kadang di kalangan orang melayu, ada yang hadir menziarah keluarga si mati dan menghulurkan bantuan kewangan untuk memudahkan waris yang masih hidup. Namun jangan salah faham dan beranggapan bahawa duit tersebut adalah pusaka yang perlu dibahagi kepada waris waris yang masih hidup. Terpulanglah kepada penerima bantuan untuk menggunakan dengan sewajarnya seperti menguruskan jenazah terlebih dahulu dan menyelesaikan sebarang hutang yang ada.



Faedah kematian/Amaun tambahan KWSP.


Sebarang faedah kematian atau amaun tambahan (bersifat seperti khairat kematian) adalah bukan harta si mati dan seterusnya bukan menjadi harta pusaka. Ini adalah pemberian daripada KWSP kepada pencarum. Jadi tidak perlu di bahagikan secara faraid.



Imbuhan, pampasan dan saguhati.


Kadang kadang terdapat organisasi dan badan professional yang dianggotai oleh si mati menyediakan imbuhan atau pampasan apabila berlaku kematian di atas ahli mereka. Ini juga tidak dianggap sebagai harta pusaka kerana imbukan dan pampasan ini tidak dimiliki semasa hidup. Hanya selepas kematian barulah diberi oleh pihak ke tiga. Dengan itu, ia tidak perlu dibahagi diantara waris, Cukuplah setakat penama pasangan atau anak anak si mati sebagai penerima.



Pencen terbitan.


Pencen biasanya diperolehi oleh waris kepada kakitangan kerajaan. Kerajaan telah mempunyai syarat tertentu dalam jumlah, tempoh dan siapa yang boleh menerima pencen terbitan apabila kakitangan kerajaan tersebut meninggal dunia semasa dalam tempoh menerima pencen.




Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.


Sebarang bayaran di bawah akta keselamatan sosial pekerja ini adalah bersifat pampasan kepada pekerja. Oleh kerana ia hanya wujud selepas kematian jadi ia bukanlah harta pusaka yang boleh diwariskan secara faraid.


Sila SHARE Jika Bermanfaat


 Baik, jika dah jelas? Ingin khidmat nasihat untuk mulakan Pengurusan Pusaka dan Wasiat?

Whatsapp SEGERA FairuzRamli 0134555888