Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Hibah Amanah Perniagaan

 

hibah amanah perniagaan

Sebagai pemilik syarikat atau sesuatu perniagaan, pastinya anda telah berusaha membangunkan perniagaan anda dengan bersusah payah dan sudah banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang telah dilaburkan untuk menjadikan perniagaan anda sampai ke tahap yang ada pada hari ini.

 Pastinya anda tidak mahu perniagaan anda terkubur atau jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya, selepas kematian anda. Harapan bagi semua pemilik perniagaan, ialah syarikat mereka akan terus berkembang maju dan terus berjaya menghasilkan keuntungan walaupun selepas mereka tiada lagi di dunia ini.

 

Tanpa perancangan yang rapi dalam soal agihan pegangan saham dan keuntungan syarikat, sudah tentu akan berlaku masalah apabila pemilik perniagaan meninggal dunia. 

Apabila berlakunya kematian pemilik, perjalanan operasi perniagaan akan terganggu kerana ada perkara-perkara yang akan dibekukan sehingga berlakunya proses pindah milik kepada waris-waris yang layak. 

Proses yang melibatkan prosedur perundangan ini akan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Hasil atau keuntungan perniagaan yang sepatutnya boleh dinikmati oleh ahli keluarga yang ditinggalkan akan terjejas dan boleh berlaku perebutan atau perbalahan dalam ahli keluarga disebabkan tiada arahan yang jelas bagaimana syarikat ingin ditadbir urus dan siapa yang boleh menjadi pengganti mengikut pegangan saham.

 

Oleh sebab itulah, sebagai pemilik syarikat, anda bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan yang rapi dalam soal pewarisan syarikat milik anda melalui instrumen hibah amanah perniagaan.

Antara faedah melaksanakan hibah amanah perniagaan ialah:

 

  • Perniagaan anda dapat diteruskan dengan lancar dan hasil keuntungannya boleh terus dinikmati oleh waris anda yang berhak.
  • Operasi perniagaan harian tidak terganggu kerana syarikat amanah  akan memindahkan hak milik perniagaan kepada penerima hibah dengan segera sepertimana yang telah ditulis dalam dokumen hibah
  • Perniagaan dapat diberikan kepada waris yang benar-benar berkelayakan dan mampu untuk menguruskannya sepertimana hasrat anda semasa masih hidup.
  • Pembahagian keuntungan  syarikat tidak terjejas atau pun dibekukan dengan kematian pemilik kerana ia bukannya termasuk dalam harta pusaka.
  • Sekiranya syarikat terlibat dalam suatu kontrak atau sedang dalam proses memperolehi sesuatu tender perniagaan, ianya  tidak terganggu dengan kematian pemilik kerana perniagaan telah pun dihibahkan kepada pemilik baru 
  • Hibah dapat mengelakkan perebutan hak milik perniagaan kerana perniagaan ini tidak diketegorikan sebagai harta pusaka yang boleh dituntut atau dicabar di mahkamah
  •  Dengan hibah, pemilik perniagaan juga boleh menetapkan berapa bahagian saham atau pegangan yang ingin diberikan dan kepada siapa ingin diberikan, sama ada individu itu adalah ahli waris atau pun tidak. Hibah ini tidak tertakluk kepada hukum faraid dan tidak dikira dalam bahagian harta pusaka nanti.


hibah syarikat


 Dokumen pri- hibah  perniagaan ialah dokumen pengisytiharan pemberian milikan pegangan dalam syarikat,  daripada pemilik asal  kepada penerima yang dikehendaki, semasa pemilik masih hidup. Pindah milik perniagaan akan dilakukan setelah berlakunya  kematian atau kecacatan kekal, kepada pemilik asal perniagaan.

Kelebihan melakukan dokumen pri-hibah ialah pindahmilik perniagaan boleh dilakukan dengan segera tanpa perlu melalui prosedur di Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah.  Kelebihan ini akan membolehkan perniagaan diteruskan seperti biasa,  walaupun pemilik perniagaan telah meninggal dunia.


Bacaan lanjut berkenaan hibah amanah perniagaan boleh dibaca DI SINI