Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Hibah Amanah Perniagaan Sdn Bhd

Hibah Amanah Perniagaan Sdn Bhd

Adakah anda memiliki syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) atau Berhad? Anda ingin hibahkan syarikat Sdn Bhd atau Bhd ini mengikut kehendak anda? Ya, anda ditempat yang betul untuk merancang hibah perniagaan Sdn Bhd atau Bhd anda.

hibah amanah perniagaan syarikat sdn bhd
hibah amanah perniagaan syarikat sdn bhd

Hibah Perniagaan

Perniagaan Sdn Bhd atau Bhd yang dibangunkan oleh anda pastilah suatu perniagaan yang bukan senang dan anda pasti telah banyak berkorban supaya perniagaan maju dan stabil. Pasti ada aset kekal, pejabat, kedai, kenderaan, akaun syarikat, deposit tetap dan sebagainya. Anda pasti tak mahu semua titik peluh anda berakhir dengan syarikat ditutup dan semua aset dijual dan dibahagikan sesama waris tanpa ada peluang diteruskan demi kesinambungan dan kesenangan anak isteri dan juga sebagai legasi peninggalan anda.

Amanah Perniagaan

amanah perniagaan business trustee
amanah perniagaan business trustee

Perlu diingat, dalam hibah amanah perniagaan ini sebenarnya kita hanya fokus kepada:

1- pertukaran peratusan hakmilik share, bukan harta milik syarikat.
2- kepentingan waris sahaja (dividen, keuntungan, bonus, kemudahan) dan bukan bagaimana operasi syarikat dijalankan.


perancangan amanah perniagaan Awaris
perancangan amanah perniagaan Awaris

Dalam merancang hibah amanah perniagaan ini, sebenarnya bukan semata-mata tukar hakmilik. Ada beberapa perkara yang kita perlu rancang. Amanah Hibah Perniagaan fokus kepada menjaga kepentingan waris iaitu:

1) Pertukaran hakmilik share yang lancar.
2) Mengagihkan dividen dan keuntungan syarikat dengan lancar kepada waris sebelum waris bersedia mengambilalih share.
3) Waris diberi masa untuk mendapatkan pendidikan formal dan pengalaman sebelum dilantik sebagai pemegang share baharu, jika bawah umur atau masih muda.
4) Wakil voting dalam AGM:
- Pemilihan pentadbir atau Director yang sesuai untuk meneruskan perniagaan tanpa menjejaskan perjalanan Sdn Bhd atau Bhd.
- Vote supaya perjalanan syarikat berjalan lancar.


cara buat hibah perniagaan Awaris
cara buat hibah perniagaan Awaris

Apa Syarat Asas Membuat Hibah Amanah Syarikat?

1) Hanya untuk Sdn Bhd atau Bhd sahaja. Jika Enterprise perlu pelan hibah harta alih <sini>
2) Untuk Satu Syarikat sahaja. Jika ada lebih dari satu syarikat, maka setiap syarikat perlu buat Hibah Amanah berbeza.

hibah perniagaan legasi Awaris
hibah perniagaan legasi Awaris

Apa Persediaan untuk Membuat Hibah Amanah Syarikat?

1) Ada tak waris penerima share anda bawah umur? Perlu letak instruction untuk waris tersebut.
2) Adakah waris penerima share dah bersedia? Jika anda berpendapat perlu sekurang-kurangnya ada ijazah atau diploma, maka perlu letak instruction syarat sebelum serah kepada waris tersebut.
3) Apakah persediaan kos untuk menguruskan amanah syarikat ini. Perlu diingat, persediaan kos pengurusan amanah (trustee) adalah secara tahunan. Jadi kaedah terbaik ialah meletakkan polisi takaful (keyman takaful) sebagai kos untuk pengurusan trustee.

Persediaan Kos Pengurusan Hibah Amanah Perniagaan melalui Keyman Takaful

 

keyman takaful hibah perniagaan Awaris
keyman takaful hibah perniagaan Awaris

Apabila kita membuat hibah amanah perniagaan, bermaksud kita membuat dokumen. Dokumen yang telah lengkap ini (diperkuatkan dengan kuasa trustee daripada Amanah Warisan Berhad), memerlukan kos untuk pengurusan. Kos ini adalah berbentuk kos tahunan.

Secara kasarnya, kos pengurusan adalah 2% daripada nilai share pemilik syarikat. Oleh yang demikian, biasanya syarikat amanah akan menggunakan sebahagian dalam pampasan keyman takaful dan meletakkan ke dalam simpanan yang memberi pulangan lebih tinggi dari kos pengurusan, contohnya deposit tetap (fix deposit).

Ada beberapa kelebihan jika syarikat membuat keyman takaful untuk hibah perniagaan:

1- Pampasan keyman takaful tidak dikenakan cukai pendapatan syarikat 20% oleh LHDN kerana masuk ke dalam akaun trustee Awaris. Pampasan keyman takaful yang masuk akan syarikat akan dianggap sebagai pendapatan, maka akan dikenakan cukai pendapatan ya.

keyman takaful Awaris
keyman takaful Awaris

2- Boleh gunakan sebahagian duit pampasan keyman takaful untuk gantikan pendapatan apabila pemilik share meninggal dunia dan memberi kesan kepada sales dan pendapatan syarikat.

3- Paling penting, sebahagian duit pampasan keyman takaful boleh digunakan untuk kos pengurusan hibah ini dari A to Z tanpa menjejaskan amaun kerana syarikat trustee menggunakan amaun daripada keuntungan pelaburan (contohnya deposit tetap). Duit pokok pampasan itu akhirnya diserahkan kembali kepada waris seperti yang kita arahkan.

keyman takaful tampung kos pengurusan hibah perniagaan
keyman takaful tampung kos pengurusan hibah perniagaan



4- Keyman polisi dibayar oleh syarikat, maka ia adalah sebahagian kos operasi. Sebaiknya, setiap share holder dalam syarikat membuat polisi keyman takaful masing-masing dan diserahkan kepada Awaris dan sebahagian pampasan masing-masing, di fokuskan untuk kepentingan syarikat.



Untuk Rancang Keyman Takaful:

cara buat keyman takaful
cara buat keyman takaful

1) Rancang berapa nilai pampasan keyman takaful yang mampu cover overhead kos kewangan operasi syarikat untuk tempoh 6 bulan sekurang-kurangnya.
2) Rancang berapa nilai hutang syarikat yang perlu diselesaikan segera jika berlaku kematian Lembaga Pengarah atau Director atau CEO. Hutang boleh jadi dalam bentuk hutang stok barang, servis belum bayar, sewaan belum bayar atau hutang pinjaman bank.
3) Jika ada lebih dari seorang lembaga pengarah, adalah disarankan untuk setiap pengarah membuat polisi keyman takaful dan bersama-sama menanggung nilai no.1 dan no.2 (tak adil jika seorang sahaja menanggung semua kos-kos perkara no.1 dan no.2).

Setelah anda jelas dengan amaun coverage diperlukan, sila whatsapp saya untuk saya sediakan quotation keyman takaful yang diperlukan.

KLIK SINI = www.wasap.my/60134555888/KeymanTakaful

Kesimpulan Hibah Amanah Perniagaan

1- Perancangan sangat penting jika syarikat sdn bhd atau bhd tersebut merupakan legasi kepada anda.

2- Jika anda concern jika waris anda bersedia atau tidak untuk terlibat dalam bisnes yang anda usahakan. Anda boleh melantik trustee (Awaris) untuk menjaga kepentingan share anda sehinggalah waris anda bersedia untuk merima share tersebut.

3- Syarikat amanah atau trustee adalah satu instrumen penguatkuasaan yang berkuasa dalam melaksanakan arahan dan hasrat anda demi meneruskan legasi perniagaan anda.




Jika Anda SERIUS nak mulakan Wasiat Hibah,
Klik Link Whatsapp melalui view telefon <DIRECT WHATSAPP FAIRUZRAMLI>


Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/pakarwasiathibah