“Barangsiapa yang mati dalam keadaan berwasiat, maka dia mati di jalan (kebenaran) dan sunnah, mati dalam keadaan bertaqwa dan bersyahadah, mati dalam keadaan diampunkan dosanya”
(Hadith riwayat Ibn Majah)
Apakah definisi Wasiat?
Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya untuk disempurnakan yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia mati.
Apakah Kelebihan Menulis Wasiat?
Berikut saya senaraikan 7 kelebihan menulis wasiat secara ringkas.
1) Wasiat adalah surat perlantikan Wasi.
2) Semasa hidup, pemilik telah melantik Wasi yang akan mentadbir harta pusaka.
3) Wasi akan menjalankan pentadbiran harta pusaka si mati termasuk mengeluarkan semua wang simpanan, membayar hutang dan mengagihkan harta kepada waris.
4) Tidak perlu mendapatkan tandatangan semua waris dan dapat mengurangkan prosedur.
5) Tempoh masa harta pusaka diagihkan kepada waris dapat dipendekkan.
6) Memberi 1/3 daripada harta kepada bukan waris.
7) Menyampaikan Pesanan Terakhir Pewasiat.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya. Klik whatsapp link di bawah:
FairuzRamli
- Membuat Wasiat Itu Mudah -