Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Apakah Wasiat Islam ?

Wasiat Islamik di Malaysia

 
surat wasiat islamik
Surat wasiat islamik

Maksud Wasiat


Wasiat boleh didefinasikan sebagai satu tindakan pengakuan yang dibuat oleh seseorang sama ada secara bertulis, lisan atau dengan isyarat menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak, yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia meninggal dunia.

Wasiat bermaksud suatu iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia mati.

Disebabkan oleh itu, surat perlantikan wasi dibuat untuk memudahkan proses tuntutan dan pentadbiran harta pusaka. Ianya hanya berkuatkuasa selepas kematian jadi, segala transaksi yang dilakukan semasa hidup si pewasiat tidak akan menjejaskan wasiat walaupun melibatkan harta yang disebut di dalam wasiat. Oleh itu, wasiat boleh di ubah seberapa banyak kali yang dikehendaki oleh si pewasiat selagi mana dia masih hidup.

Wasiat juga akan memberi kuasa kepada seorang wasi ke atas harta yang ada atas milikan si pewasiat pada masa kematiannya. Wasi yang telah di lantik akan mentadbir harta pusaka untuk mendapatkan surat probate, mendapatkan harta, mengumpul harta, membayar hutang dan seterusnya mengagihkan baki harta kepada waris-waris si pewasiat atau pembuat wasiat.

Wasiat Sangat Pentin
Wasiat Sangat Penting

Mengapa Wasiat itu penting

Berwasiat adalah suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpul semasa hidup. Perwarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga yang tersayang selepas kematian. Wasiat juga adalah sebagai panduan pembahagian kepada waris yang masih hidup. Jika tiada panduan, sebab itulah perbalahan bermula.

Menulis Wasiat Semasa Hidup
Menulis Wasiat Semasa Hidup

Faedah Penulisan Dokumen Wasiat

  • Pelantikan Wasi melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.
  • Dapat menzahirkan hasrat pengagihan harta untuk tujuan kebajikan dan keluarga tersayang.
  • Menjamin masa depan insan yang anda sayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.
  • Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda.
  • Mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.

Penulisan Dokumen Wasiat

Kami mempunyai kepakaran dalam Penulisan Wasiat mengikut undang-undang dan memenuhi keperluan syarak (bagi yang beragama Islam). Penulisan wasiat merupakan salah satu mekanisma perancangan perwarisan harta yang menzahirkan keinginan seseorang terhadap strategi pengagihan harta yang dimiliki.

Klausa Penting Dalam Dokumen Wasiat

  • Nasihat dan pesanan yang baik kepada suami atau isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
  • Nama isteri atau suami, anak-anak dan waris yang layak.
  • Pengisytiharan harta dan hutang yang dimiliki.
  • Arahan untuk melunaskan segala hutang.
  • Menyatakan hasrat pengagihan harta kepada insan yang disayangi atau untuk tujuan kebajikan.
  • Pelantikan Wasi, Pemegang Amanah dan Penjaga bagi anak di bawah umur atau orang kurang upaya dan cacat akal.
  • Arahan Pewasiat terhadap perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir harta pusaka. Pewasiat boleh menyatakan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.

Saksi Wasiat Penting
Saksi Wasiat Penting

Dokumen Wasiat mesti ditandatangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh;

Wasiat Islam: Dua (2) orang saksi lelaki atau seorang (1) saksi lelaki dan dua (2) orang saksi perempuan atau empat (4) orang saksi perempuan.
Wasiat bukan Islam Dua (2) orang saksi lelaki atau perempuan.


Benefisiari Wasiat
Benefisiari Wasiat

Benefisiari

Benefisiari (beneficiary) ialah pihak yang akan mendapat manafaat dari arahan pembahagian harta anda.  Ia boleh terdiri dari kalangan waris atau bukan waris anda.

Bukan waris seperti anak angkat, badan amal/kebajikan dan lain-lain.


Waris Wasiat
Waris Wasiat

Waris

Waris ialah orang yang mempunyai hubungan pertalian darah dengan penulis wasiat seperti isteri, anak-anak, kedua ibubapa dan mereka2 yang mendapat manafaat menurut hukum faraid.

Keutamaan Pentadbiran Harta Pusaka
1.   Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
2.   Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Agama
3.   Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Manusia
4.   Pembahagian Harta Sepencarian
5.   Menunaikan Wasiat (jika anda membuat arahan berwasiat kepada bukan waris seperti badan
      amal makisma 1/3 dari harta anda)
6.   Pembahagian Kepada Waris

Pembahagian kepada waris anda akan dilakukan selepas 5 perkara di atas diselesaikan terlebih dahulu.  Ini kerana menurut wasiat islam hutang tidak akan langsai sekalipun anda sudah meninggal dunia.  Menyelesaikan hutang dengan Allah dan manusia menjadi keutamaan pentadbiran wasiat.

Peranan Wasiat

Bayangkan betapa gembiranya keluarga anda semasa hidup, tapi adakah anda pasti mereka kekal bahagia tanpa anda membuat wasiat yang sempurna.
Wasiat merupakan satu amanat terakhir anda sebelum anda meninggal dunia ;

Antara peranan wasiat ialah

1.    Memudahkan urusan pengagihan harta kepada waris yang berhak
2.    Mengarahkan wasi/pentadbir mengagihkan harta dan hak-hak anda menurut kemahuan
       anda
3.    Mempercepatkan proses pengagihan harta anda kepada 3-6 bulan berbanding antaar 2-10
       tahun tanpa wasiat
4.    Membolehka wasi/pentadbir menyelesaikan hutang anda.
5.    Mengelakan atau mengurangkan kemungkinan pertelengkahan antara waris
6.    Meringankan beban waris anda selepas kematian anda
7.    Mengelakkan harta anda dibekukan dalam tempoh masa yang lama

Bahagian Penting Dokumen Wasiat
Nasihat dan pesanan yang baik kepada isteri/suami , anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Nama isteri/suami, anak-anak dan ahli waris.
Pengagihan harta dan hutang yang dimiliki semasa hidup.
Arahan untuk melunaskan segala hutang
Menyatakan hasrat pengagihan harta kepada insan yang disayangi atau tujuan kebajikan.
Pelantikan Wasi/Pentadbir, Pemegang Amanah dan Penjaga bagi anak di bawah umur.
Arahan Pewasiat terhadap perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir harta pusaka. Pewasiat boleh menyatakan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang ditinggalkan.
Dokumen Wasiat mesti ditandantangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh 2 orang saksi yang berkelayakan. Ini bagi mengelakkan pertikaian kesahihan dokumen Wasiat selepas kematian Pewasiat.

Perlaksanaan Wasiat

Perlaksanaan wasiat akan dilakukan sebaik sahaja pewasiat meninggal dunia. Ia bermula dengan pihak Wasi membacakan dokumen wasiat kepada semua waris benefisiari dan yang ada hubungan dengan simati.

Simpan Wasiat
Simpan Wasiat
  

Penyimpanan Wasiat atau Wasi

Wasi atau Pentadbir (juga di kenali sebagai Executer) ialah yang dilantik oleh penulis wasiat untuk melaksanakan arahan dalam wasiat selepas kematiannya.  Wasi boleh terdiri dari individu atau organisasi pentadbiran harta pusaka (Syarikat Wasiat).  Mereka mestilah bersikap amanah dan berintergriti tinggi dan boleh dipercayai oleh pewasiat.  Pelantikan wasi sangat penting dan mestilah dari pihak yang berpengalaman dan Syarikat Wasiat.  

Dalam sesetengah kes seperti jika aset kasar pewasiat bernilai melebihi RM600,000 , maka pihak wasi disyaratkan oleh pihak makamah supaya menyediakan 2 pemegang Bon yang sama nilai dengan aset kasar simati (RM600,000 X 2 orang).  Ini amat membebankan wasi/executer untuk mendapatkan 2 Bon jaminan dari 2 individu.  Bon jaminan ini sebagai jaminan yang executer tidak melakukan penyelewangan ke atas harta simati.  Oleh yang demikian melantik wasi kepada individu sangat tidak digalakan. 


Wasiat akan disimpan dengan selamat bagi menjamin tahap kerahsiaannya dan terhindar daripada pemalsuan serta pengubahan yang tidak sah. Pemilihan Penyimpan Wasiat harus dititikberatkan agar Wasiat anda dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah selepas kematian anda. Jika ada cabaran kes di Mahkamah, perkara seperti penyimpanan wasiat amat penting bagi menjamin ketulenannya.

Mengapa perlu menyimpan di membuat wasiat dengan kami?
  • TERJAMIN
    Tiada kepentingan peribadi dan benefisiari akan menerima HAK sewajarnya
     
  • SELAMAT
    Dokumen Wasiat disimpan dengan selamat di dalam peti besi simpanan kami.
     
  • KERAHSIAAN
    Kandungan Wasiat adalah SULIT dan tidak akan diubah tanpa arahan Pewasiat
     
  • KOS PENYIMPANAN
    Berpatutan
     
  • PENCARIAN
    Mudah dicari semasa diperlukan.

Pelaksanaan Wasiat

Sebagai penasihat, pihak kami akan memberi kaunseling percuma. Namun kos melaksanakan pengurusan dan pembahagian harta pusaka berwasiat ditanggung waris.

Fi perkhidmatan pelaksanaan wasiat adalah bergantung kepada kos semasa yang terlibat. Satu sebutharga akan diberikan terlebih dahulu dan mengikut kes (case basis).

Apakah Syarat Asas Sah Wasiat 

Menurut Wills Act 1959 secara umum sebagai berikut;

a)  Harus secara bertulis;
b)  Pewaris harus menandatangani kehendak yang dinyatakan diakhir dokumen;
c)  Harus ada paling sedikit dua atau lebih saksi hadir pada masa yang sama untuk menyaksikan 
     dan membuktikan tanda tangan dari pewaris tersebut. 
     Penerima (beneficiary) pewasiat tidak boleh menjadi saksi, jika saksi merupakan penerima 
     manafaat (benefeciary) waris, bahagian miliknya akan terbatal.
d)  Pewaris harus waras fikiran dan tidak di bawah pengaruh yang tidak semestinya selama 
     pelaksanaan wasiat (will)
e)  Pewaris bukan di bawah umur yang layak membuat wasiat iaitu 18 tahun ke atas



Dipetik daripada website MAIS


Dari segi bahasa, ahli-ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat wasiat berasal dari perkataan “wassa” yang bermaksud menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semasa hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.

Dari segi istilahnya, menurut mazhab Syafie wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz ataupun tidak. Manakala beberapa fuqaha’ lain mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.

Manakala tafsiran wasiat menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999:
“Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.”


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah Ayat 180)

Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya yang mempunyai harta agar dapat melakukan wasiat semasa hidupnya.


“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



“Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris”

(Riwayat at Tarmizi)


“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”
(Riwayat Abu Daud)


Menurut Blogger Ari Yananda


Kata wasiat itu diambil dari kata wahshaitu asy-syaia, uushiihi, artinya aushaltuhu ( aku menyampaikan sesuatu). Maka orang yang berwasiat adalah orang yang menyampaikan pesan diwaktu dia hidup untuk dilaksanakan sesudah dia mati.

Menurut syara’ wasiat adalah pemberian seseorang kepada orang lain baik itu berupa barang, piutang ataupun mamfaat untuk dimiliki oleh orang yang diberi wasiat sesudah orang yang berwasiat tersebut mati.
Sebagian fuqaha mengartikan bahwa wasiat itu adalah pemberian hak milik secara sukarela yang dilaksanakan setelah pemberinya mati. Dari sini jelas perbedaan antara hibah dan wasiat. Pemilikan yang diperboleh dari hibah itu terjadi pada saat itu juga; sedangkan pemilikan yang diperboleh dari wasiat itu terjadi setelah orang yang berwasiat itu mati. Ini dari satu segi; sedangkan dari segi yang lain hibah itu berupa barang, sementara wasiat bisa berupa barang, piutang ataupun mamfaat.
Firman Allah SWT
كُتِبَ عَلَيْكُمْ اِذَا حَضَرَ اَحَدَ كُمُ الْمَوْتُ اِنْ تَرَكَ خَيْرًان الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْاَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوْفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِيْنَ

“Diwajibkan atas kamu, apabila seorang diantara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya dengan cara yang baik. Ini adalah kewajiban atas orang-orang yang taqwa( QS Al-Baqarah : 180 )
Dalam sunnah juga terdapat hadist-hadist berikut:
“ telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan muslim, dari Ibnu Umar r.a., dia berkata:  Telah bersabda Rasulullah saw: “ Hak bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, sesudah bermalam dua malam tiada lain wasiatnya itu tertulis pada amal kebajikannya.” Ibnu Umar berkata : Tidak berlalu bagiku satu malampun sejak aku mendengar Rasulullah saw. Mengucapkan hadist itu kecuali wasiatku berada di sisiku.

Makna dari hadist ini adalah bahwa yang demikian ini merupakan suatu keberhati-hatian, sebab kemungkinan orang yang berwasiat itu mati secara tiba-tiba.
          Asy-Syafi’i berkata:

Tidak ada keberhati-hatian dan keteguhan bagi seorang muslim, melainkan bila wasiatnya itu tertulis dan berada disisinya bila dia mempunyai sesuatu yang hendak di wasiatkan, sebab dia tidak tahu kapan ajalnya datang, sebab jika dia mati sedangkan wasiatnya itu tidak tertulis dan tidak berada disisinya, maka wasiatnya mungkin tidak kesampaian.
Hukumnya
Ini dilihat dari segi harus dilaksanakan atau harus ditinggalkan wasiat itu, maka para ulama telah berbeda pendapat, berikut beberapa pendapat dari mereka:
  • Pendapat pertama

Pendapat ini memandang bahwa wasiat itu wajib bagi setiap orang yang meninggalkan harta, baik harta itu banyak ataupun sedikit. Pendapat ini dikatakan oleh Az-Zuhri dan Abu Majlaz dalilnya:
“ Diwajibkan atas kamu, apabila seorang diantara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak berwasiat untuk ibu bapak dan kerabatnya secara baik. Ini adalah kewajiban atas orang-orang yang bertaqwa”.( QS Al-Baqarah : 180) 
  • Pendapat Kedua

Pendapat ini memandang bahwa wasiat kepada kedua orang tua dan karib kerabat yang tidak mewarisi dari si mayat itu wajib hukumnya.
Ini berdasarkan mazhab Masruq, Iyas, Qatadah, Ibnu Jarir dan Az-Zuhri 
  • Pendapat Ketiga

Yaitu pendapat empat orang imam dan aliran Zaidiyah yang menyatakan bahwa wasiat itu bukanlah kewajiban atas setiap orang-orang meninggalkan harta seperti pendapat pertama dan ke dua, akan tetapi wasiat itu berbeda-beda hukumnya menurut keadaan masing-masing.
Maka wasiat itu terkadang wajib, terkadang sunnat, terkadang haram, terkadang makruh dan jaiz. 
Hikmahnya
Rasulullah saw. Bersabda:
اِنَّاللهَ تَصَدَّقَ عَلَيْكُمْ بِثُلُثِ اَمْوَالِكُمْ زِيَادَةً فِى اَعْمَالِكُمْ فَضَعُوْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ اَوْحَيْثُ اَحْبَبْتُمْ

“ sesungguhnya Allah telah bersedekah kepada kamu dengan sepertiga dari harta kamu sebagai penambah amal kebajikan-mu, maka tempatkanlah ia dimana kamu mau atau dimana kamu suka”
Hadist diatas adalah hadist dhaif :

Menunjukkan bahwa wasiat itu adalah salah satu cara yang digunakan manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pada akhir hidupnya agar kebaikan bertambah atau memperoleh apa yang terlewati olehnya. Karena didalam wasiat itu terdapat banyak kebajikan dan pertolongan bagi manusia itu sendiri untuk perbekalan nanti.


Kesimpulan Wasiat

1) Wasiat sangat penting untuk zahirkan hasrat pemilik harta
2) Wasiat perlu dihormati oleh waris atas dasar hormat dan kasih sayang waris kepada arwah
3) Panduan utama dalam pembahagian harta 
4) Pesanan dalam wasiat adalah pesanan khas ditujukan kepada waris sebagai ayat terakhir

Tanpa dokumen wasiat, walaupun wasiat boleh dicabar tetapi jika tiada langsung, urusan menjadi kucar kacir.


Jika Anda SERIUS nak mulakan Wasiat Hibah,
Klik Link Whatsapp melalui view telefon <DIRECT WHATSAPP FAIRUZRAMLI>


Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/pakarwasiathibah