Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!





Harta Yang Tidak Dikira Sebagai Pusaka

Harta Yang Tidak Dikira Sebagai Harta Pusaka

Harta Bukan Pusaka
Harta Bukan Pusaka


Tahukah anda bukan semua harta adalah dianggap sebagai harta pusaka. Memang benar atas pemilikan si mati akan menjadi harta pusaka, namun kita perlu beri perhatian tentang asal usul pemilikan tersebut. Atas dasar itu, ia mungkin bukan harta pusaka dan tidak boleh dituntut secara faraid dan hanya mengikut undang undang pemilikan faedah atau harta tersebut tanpa melibatkan soal faraid dalam pembahagiannya.

Harta yang telah diberikan si mati kepada seseorang semasa hayatnya (hibah)

Kalau asal usulnya si mati telah pun semasa hidupnya menghadiahkan atau hibah kepada seseorang, apabila berlaku kematian, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh waris. Walaupun begitu, perlu dilihat juga tentang faktor hitam putih penukaran hak milik dihibah tersebut. Jika telah ditukar nama atau ada sebarang dokumen pemberian hibah, maka jika di bawa ke mahkamah, boleh terbatal tuntutan faraid waris waris si mati. 




Harta yang telah dijual oleh simati.


Jika memang harta tersebut telah dijual dan mempunyai bukti bayaran, maka tidak boleh bagi waris waris menuntut hak ke atas harta tersebut. Ini kerana pemilikan telah dipindahmilik melalui akad jual beli.


Harta yang telah diwakafkan.


Ini memang kes yang selalu berlaku pertengkaran dikalangan waris. Apa yang berlaku ialah, pemilik tidak memberitahu kepada waris bahawa harta tersebut telah di wakafkan. Berlaku suatu kes dimana, si mati telah mewakafkan tanah kepada qariah masjid. Setelah belasan tahun, waris kembali menuntut tanah tersebut walaupun telah diusahakan oleh pihak masjid. Waris turut melaporkan kepada pihak polis tentang hal tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa si mati telah mewakafkan tanpa memaklumkan kepada waris. Apapun, sebagai langkah berjaga, pastikan niat wakaf disertakan dengan dokumen hitam putih.


Harta yang dipegang amanah.


Ada juga harta yang bersifat hanya dipegang amanah. Ini kerana terdapat perjanjian sebelum ini yang mengekang pemegang amanah daripada menurunkan pewarisan hakmilik kepada waris. 
Pastikan surat ikatan amanah disertakan supaya jelas tentang amanah dan sifat halangan pewarisan harta tersebut.


Khairat kematian.


Jangan salah faham. Duit khairat kematian yang dicarum oleh simati semasa hidup tidak boleh diwariskan secara faraid. Ia seharusnya milik pasangan simati atau sesiapa sahaja yang diberikan mengikut perjanjian dan peraturan badan yang mengurus khairat kematian. Ini bukanlah harta pusaka yang perlu diputuskan oleh waris berhak. Pihak berhak yang utama ialah pemberi khairat di mana mereka berhak memberi sebarang jumlah dan kepada mana mana waris yang difikirkan perlu oleh mereka. Harap jelas dan tidak ada salah faham.



Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian.


Kadang kadang di kalangan orang melayu, ada yang hadir menziarah keluarga si mati dan menghulurkan bantuan kewangan untuk memudahkan waris yang masih hidup. Namun jangan salah faham dan beranggapan bahawa duit tersebut adalah pusaka yang perlu dibahagi kepada waris waris yang masih hidup. Terpulanglah kepada penerima bantuan untuk menggunakan dengan sewajarnya seperti menguruskan jenazah terlebih dahulu dan menyelesaikan sebarang hutang yang ada.



Faedah kematian/Amaun tambahan KWSP.


Sebarang faedah kematian atau amaun tambahan (bersifat seperti khairat kematian) adalah bukan harta si mati dan seterusnya bukan menjadi harta pusaka. Ini adalah pemberian daripada KWSP kepada pencarum. Jadi tidak perlu di bahagikan secara faraid.



Imbuhan, pampasan dan saguhati.


Kadang kadang terdapat organisasi dan badan professional yang dianggotai oleh si mati menyediakan imbuhan atau pampasan apabila berlaku kematian di atas ahli mereka. Ini juga tidak dianggap sebagai harta pusaka kerana imbukan dan pampasan ini tidak dimiliki semasa hidup. Hanya selepas kematian barulah diberi oleh pihak ke tiga. Dengan itu, ia tidak perlu dibahagi diantara waris, Cukuplah setakat penama pasangan atau anak anak si mati sebagai penerima.



Pencen terbitan.


Pencen biasanya diperolehi oleh waris kepada kakitangan kerajaan. Kerajaan telah mempunyai syarat tertentu dalam jumlah, tempoh dan siapa yang boleh menerima pencen terbitan apabila kakitangan kerajaan tersebut meninggal dunia semasa dalam tempoh menerima pencen.




Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.


Sebarang bayaran di bawah akta keselamatan sosial pekerja ini adalah bersifat pampasan kepada pekerja. Oleh kerana ia hanya wujud selepas kematian jadi ia bukanlah harta pusaka yang boleh diwariskan secara faraid.


Sila SHARE Jika Bermanfaat


 Baik, jika dah jelas? Ingin khidmat nasihat untuk mulakan Pengurusan Pusaka dan Wasiat?

Whatsapp SEGERA FairuzRamli 0134555888







Read More »

Harta Sepencarian dalam Adat Melayu

Harta Sepencarian dalam Adat Melayu

Deklarasi Harta Sepencarian
Deklarasi Harta Sepencarian


Apakah dia harta sepencarian? Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama.

Harta sepencarian juga dikenali sebagai carian laki bini, pencarian, Gono-gina, hareuta sihreukat, harta Suarang dan lain-lain.

Sebenarnya di Malaysia harta sepencarian ini berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih.

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka manakala adat Temenggung diamalkan di negeri-negeri selain dari negeri di atas.

Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin.

Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).

Pembahagiannya harta sepencarian pula adalah seperti berikut:

Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri, si suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah.

l Jika si isteri yang memohon cerai, isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kesnya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya.

Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.

Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.

Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia. Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain mengikut hukum faraid.

Hukum syarak untuk Harta Sepencarian

Islam menerima pemakaian apa-apa adat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika dilihat kepada dua kes yang lama itu, jelas bahawa tuntutan harta sepencarian telah berlaku sebelum merdeka iaitu seawal 1919.

Ia bukan perkara baharu di Malaysia dan akhirnya hukum adat ini dikanunkan sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam yang ada di Malaysia.

Adat Perpatih juga turut memperuntukkan mengenai harta sepencarian. Namun begitu ia menggunakan prinsip yang agak berbeza. Menurut adat ini harta sepencarian perlu dibahagikan mengikut prinsip berikut: Carian Bahagi, Dapatan Tinggal, Pembawa Kembali, Suku Belah, Suarang Berage.

Maksudnya apa-apa harta yang diperoleh ketika berkahwin perlulah dibahagi di antara pasangan seandainya mereka bercerai. Jika mereka tiada anak dan suami mati maka harta itu akan menjadi milik isteri, prinsip yang sama juga terpakai jika isteri yang mati.

Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka pembahagian yang akan dilakukan ke atas harta tersebut perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengan semua benefisiari.

Di dalam adat ini juga harta sepencarian tidak termasuk apa-apa harta yang diperoleh oleh suami sebelum perkahwinan dan dibawa masuk ke dalam perkahwinan. Harta tersebut akan dipulangkan kepadanya semula jika bercerai dan jika mati kembali kepada sukunya. Prinsip yang sama juga diaplikasikan kepada isteri.

Pembahagiannya akan dilakukan setelah semua hutang dilangsaikan. Jumlahnya adalah sama rata di antara suami dan isteri walaupun mereka mempunyai anak ataupun isteri itu diceraikan kerana berzina.

Pengecualian kepada prinsip pembahagian ini adalah jika perceraian itu adalah cerai taklik. Dalam hal ini maka si isteri akan mendapat keseluruhan harta sepencarian.



Anda Berminat nak buat Deklarasi Harta Sepencarian?
 
Semua pembahagian buat dari awal....tak perlu tunggu nak cerai...masa tengah bahagia, masa tengah muda...masa tengah sihat....MASA TU LAH kita tulis Deklarasi Harta Sepencarian....



Whatsapp FairuzRamli 0134555888


Read More »

Cara Hibah Kepada Anak Angkat, Anak Saudara, Isteri dan Anak

Cara Hibah Kepada Anak Angkat, Anak Saudara, Isteri dan Anak

Hibah kepada Anak Angkat dan Anak Saudara
Hibah kepada Anak Angkat dan Anak Saudara


Adakah anda ada memikirkan untuk memberi hibah atau memberi aset seperti rumah, tanah, saham, Unit Trust, perniagaan, syarikat, pelaburan dan sebagainya kepada waris yang bukan isteri dan anak kandung sendiri?

Soalan penting....apa beza wasiat dan hibah?

Jawapan =

Dokumen wasiat bukanlah dokumen yang paling berkesan untuk membahagikan harta. Jika anda menyediakan wasiat dan di dalamnya anda nyatakan mengenai hasrat anda untuk membahagikan harta mengikut formula tertentu, pembahagian itu tidak berkuatkuasa secara automatik kerana ia memerlukan persetujuan semua waris untuk dilaksanakan. Diulangi, " Persetujuan SEMUA WARIS ". Seorang pun tak boleh tak setuju. Perlu 100% persetujuan ya.

Jadi kalau wasiat untuk pembahagian harta tidak boleh dikuatkuasakan, kenapa pula mereka nak menyediakan wasiat? Jawapan saya biasanya mudah sahaja, Kalau tak buat wasiat, adakah pembahagian harta pusaka akan berjalan lancar? Sekurang kurangnya ada dokumen hitam putih untuk rujukan waris untuk mendengar sendiri pesanan arwah (penulis wasiat). Kadang kadang ada pesanan berdasarkan lisan sahaja dan tidak didengari atau ada saksi dari kalangan waris yang lain, sudah tentu waris tersebut tidak setuju dan tidak percaya pesanan lisan tersebut!

Pesanan saya kalau mereka ingin membahagikan harta mereka mengikut formula tertentu kepada orang yang mereka kehendaki baik waris mahupun bukan waris, dokumen yang paling berkesan sebenarnya ialah HIBAH.

Kebaikan hibah = Ianya lebih tinggi daripda Faraid dan dikeluarkan daripada senarai pembahagian harta Faraid.

Kelemahan = Kos lebih tinggi jika semua harta ingin dihibahkan (biasa orang buat untuk harta yang utama sahaja)

Apa itu hibah?

Dari segi bahasanya, hibah bermaksud hadiah. Selagi anda masih hidup dan bernafas, anda bebas untuk memberikan hibah kepada sesiapa pun mengikut formula yang anda kehendaki. Sekiranya anda berhasrat untuk membahagikan harta, anda patut mempertimbangkan untuk menyediakan hibah kerana ia mempunyai beberapa kelebihan seperti:

Formula pembahagian yang berkuatkuasa.

Berbeza dengan wasiat yang formula pembahagiannya mesti dipersetujui oleh waris sebelum boleh dilaksanakan, formula pembahagian hibah berkuatkuasa sepenuhnya mengikut hasrat pemberi hibah di dalam dokumen hibah tersebut. Sebaik sahaja Mahkamah Syariah memutuskan bahawa hibah itu sah mengikut hukum syarak, ia tidak boleh dituntut oleh waris yang lain. Jadi kalau anda serius untuk memastikan hasrat ini tercapai, buatlah dokumen hibah dan bukannya wasiat.

Hibah kepada anak dan cucu boleh ditarik balik.

Ada juga yang berpendapat bahawa tak payah bersusah-payah untuk buat hibah. Pindah milik sahaja hartanah yang dikehendaki kepada anak angkat, anak saudara, isteri atau anak yang mereka ingini. Jawapan saya, “Tentu sahaja boleh pindah milik tetapi jangan menyesal kalau anak-anak kita jual hartanah ini dalam keadaan kita masih bernyawa kerana ia telah pun menjadi milik sah mereka.”. Memang banyak pun kes seperti ini berlaku hihihi. Paling kerap ialah apabila ibubapa menukarkan hak milik tanah mereka, anak anak akan menggunakan harta tersebut sebagai gadaian untuk membuat pinjaman perniagaan. Apabila perniagaan gagal, tanah tersebut dilelong. Ibubapa terperangkap samada nak tebus kembali tanah atau gunakan duit sedia ada untuk meneruskan hasrat menunaikan haji. Nasib...nasib....

Ada juga kes di mana ibu bapa yang telah memindahmilik rumah mereka kepada anak-anak, dihalau dari rumah selepas itu. Sadis bukan? Tapi itulah hakikat kehidupan.

Di sinilah hibah mempunyai keistimewaan ketara. Dengan menyediakan hibah, kita telah menetapkan siapakah yang akan menerima harta ini mengikut formula yang kita mahu tetapi sekiranya pemberian ini dibuat kepada anak dan cucu, kita boleh menarik balik atau mengubah formula pemberian ini pada bila-bila masa yang kita kehendaki.

Perlaksanaan selepas kematian pemberi hibah.

Walaupun dokumen hibah disediakan hari ini, namun pindah milik di dalam geran hanya akan dibuat selepas kematian pemberi hibah. Perlaksanaan hibah seperti ini menjamin bahawa pemberi hibah masih mempunyai kuasa ke atas hartanah yang dihibah selagi dia masih hidup.

Kos penyediaan hibah yang lebih murah daripada pindah milik.

Sekiranya pindah milik dibuat daripada nama pemberi hibah kepada penerima hibah, duti setem perlu dibayar. Secara umumnya, duti setem ini ialah 1.0 peratus untuk nilai hartanah RM100,000 yang pertama, 2.0 peratus untuk nilai hartanah RM400,000 yang kedua dan 3.0 peratus untuk nilai hartanah yang seterusnya.

Jom Buat Kira kira:
Tak Buat Hibah/Nak Tukar Nama Terus untuk Rumah Berharga RM500,000.00
RM100K X 1% = RM1000
RM400K X 2% = RM8000
Total = RM9K
* Buat hibah tak sampai la RM9K...baru berapa
* Ini baru kira sebuah rumah...belum masuk harta lain lain lagi....tanah, saham dan lain lain


Seorang ayah atau ibu boleh memilih untuk memindah milik hartanah mereka kepada anak-anak hari ini tetapi mereka perlulah membayar kos ini. Oleh kerana hibah tidak memerlukan pindah milik berlaku, duti setem tidak perlu dibayar dan ini menyebabkan prosedur menyediakan hibah jauh lebih efektif dari segi kos.

Perkara penting yang anda perlu tahu:

Hibah adalah dokumen Tambahan kepada Wasiat. Bermaksud, wasiat perlu dibuat dan dokumen hibah sebagai tambahan. 


Jom buat Wasiat dan Hibah secara mudah....

Whatsapp FairuzRamli 0134555888











Read More »

Wajib Orang Islam buat Wasiat dan Bertaubat Sebelum Tidur

Wajib Orang Islam buat Wasiat dan Bertaubat Sebelum Tidur




Wasiat Sebelum Tidur| Taubat Sebelum Tidur
Wasiat Sebelum Tidur| Taubat Sebelum Tidur


Memang menjadi satu kemestian kepada orang islam untuk membuat 2 perkara penting sebelum masuk tidur. Walaupun kadang kadang perkara ini terlepas pandang, namun sekurang kurangnya kita telah membuat wasiat secara bertulis sebagai perancangan pusaka kita untuk anak dan isteri apabila sudah tiada di dunia ini.

Orang yang bijak merancang akan merancang pusakanya. Hanya mereka yang tidak merancang, seolah olah merancang untuk gagal....

Di mana kedudukan kita sekarang? Adakah bersama mereka yang merancang, atau pura pura tidak tahu dan tidak merancang walaupun tahu keperluan wasiat.

Daripada Imam Ghazali, ada menyatakan bahawa doa kebanyakan para nabi a.s, ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud) :

    “ Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang telah aku bertaubat, tetapi setelah itu aku melakukannya kembali. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan”.

    “Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba – tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada  kerana yang lain daripada-Mu”.

    “Aku memohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu”.

    “Wahai Tuhan yang Maha Mengatahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut”.

Demikianlah doa dan istigfar para nabi semenjak daripada Nabi Adam hingga ke Nabi akhir zaman, telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya. Untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi

Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabi’i  kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya.

Semua tuntutan naluri tabi’i dan segala gerak geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan akhirat.

Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari

Islam mengajar manusia sama ada perkar yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan menjadi bekalan hidup diakhirat

Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh berehat dan cergas semula. Di Akhirat ada habuan bagi manusia itu.

Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi sesuatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

Peraturan dan adab pertama, ialah bersihkan mulut dengn bersugi (gosok gigi) dan bersucu serta berwuduk.

Islam bukan sahaja menyuruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca Al – Quran sahaja, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.

Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur die akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.

Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiri pun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.

Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air ( khusus untuk tempat yang sukar mendapat air ) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.

Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperlauan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi SAW

Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat  untuk bangun menunaikan ibadah solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.

Kalau tidur berniat begini akan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk bangun dihujung malam. Kerana tidur dengan hasrat  untuk melakukan ibadah  sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa beringat – ingat akan niatnya.

Adab tidur yang seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajipan mereka ialah menyediakan surat wasiat.

Kewajipan orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.

Jika orang yang berhutang itu meninggal dunia menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana – mana dan tidak dapat menikmati fadhilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.

Orang yang mempunyai keyakinan tentang bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur

Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati , berbanding peluang untuk terus hidup.

Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mangalir dan nafas keluar masuk.

Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Justeru itu dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik keatas seperti benar – benar telah mati.

Adab seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya.

Sumber :

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Fikrah 1 – 3 Oktober 2010



Jom Buat Wasiat

Whatsapp FairuzRamli 0134555888








Read More »

Kes Isteri Pertama dan Isteri Lain, Bakal Isteri Lain, Madu dan Poligami

Kes Isteri Pertama dan Isteri Lain, Bakal Isteri Lain, Madu dan Poligami

Deklarasi Harta Sepencarian Assalihin
Selesaikan masalah anda dengan Wasiat dan Deklarasi Harta Sepencarian


Pernahkah anda mengalami, mendengar cerita atau ada kenalan terdekat yang sedang mengalami situasi dan kes seperti di atas?

Ya, situasi ini rumit dan mudah untuk berlaku pertengkaran. Banyak konflik dan ketidakpuashatian yang mungkin berlaku atas situasi ini. Ada yang mengaitkan dengan takdir dan tak kurang juga yang mengatakan dah jodoh.

Walau apapun alasan diberikan, saya INGIN MENASIHATI para isteri pertama agar BERSABAR dan BERTINDAK BIJAK.

Ya, anda perlu bertindak bijak. Kadang kadang ada perkara yang sudah tidak dapat diubah walau macam mana cara pun anda berusaha. Saya menasihati anda untuk melihat ke hadapan dan tidak memandang ke belakang lagi. Anak anak dan masa depan diri sendiri perlu diutamakan.

Anda mungkin dah boleh baca situasi di masa hadapan yang pastinya semakin sukar (sekarang pun dah sukar).

Muktamatkan penyelesaian masalah anda dengan Wasiat dan Deklarasi Harta Sepencarian. Anda tidak perlu risau tentang, isteri kedua memohon hak anda. Ia tidak boleh dicabar oleh pembahagian Faraid.

Bijak kan?

Tetapkan hak anda secara HITAM PUTIH dan jadikan aset utama seperti rumah tempat tinggal atau tanah berharga atau saham Unit Trust atau apa sahaja yang berharga tinggi sebagai pelan B untuk menjamin masa depan anda dan anak anak.

Sudah banyak kes sebenar di mana isteri kedua menuntut harta yang hanya dimiliki secara bersama oleh suami dan isteri pertama. Namun akhirnya isteri kedua berjaya, dan isteri pertama hanya mampu akur dan berserah.

Ada juga yang hanya menelan air liur kerana hampir semua harta telah ditukar nama kepada isteri muda semasa suami masih hidup.

Ada juga kes dimana, suami senyap senyap telah berkahwin di Thailand dan belum memaklumkan berita tersebut (berahsia walaupun isteri pertama telah dapat hidu).

Ada juga yang telah dua kali cerai (tapi telah rujuk semula). Talian hayat anda dihujung tanduk. Saya sangat sangat recommend anda buat dekalarasi harta sepencarian. Ia bukanlah satu paksaan tapi hanya penulisan perjanjian hitam putih untuk masa depan isteri dan anak anak. 


Berminat?

Hubungi saya SEGERA untuk membuat wasiat dan deklarasi harta sepencarian secepat mungkin. Selepas dokumen ini dimuktamadkan barulah anda boleh menarik nafas lega. Jom buat secepat mungkin. Setiap masa amat berharga.

* Suami TIDAK BOLEH tarik diri dari perjanjian setelah menurunkan tandatangan.

Saya telah bantu ramai isteri pertama di luar sana. Izinkan saya bantu anda.


Whatsapp FairuzRamli 0134555888




Read More »

Cara Tukar Nama Geran Kereta Motorsikal Pemilik Meninggal Dunia

Cara Tukar Nama Geran Kereta Motorsikal Pemilik Meninggal Dunia

Ramai yang sangkut sebenarnya apabila berkaitan dengan proses penukaran hak milik geran kereta atau motor atau motorsikal dimana, si pemilik telah meninggal dunia.

Cara Renew Geran Kereta Motorsikal jika Pemilik Meninggal Dunia
Cara Renew Geran Kereta Motorsikal jika Pemilik Meninggal Dunia


Yang menjadi masalah ialah kepada waris yang masih hidup. Terdapat 2 masalah yang menghantui waris yang menguruskan kereta atau motor tersebut:

1- Susah nak tukar nama atas geran. Confirm tak boleh.
2- Jika Renew roadtax dan insurans guna MYEG boleh, tapi kalau berlaku KEMALANGAN memang anda boleh masuk lokap hihihi. Macam macam akta kesalahan yang waris telah langgar dan sengaja cari pasal. Claim eksiden jangan cerita la...nak cakap apa kat pegawai polis.

Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan antara seperti berikut:

1) 2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009) Borang TM-3 

2) 2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A 

3) Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2) 

4) Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja: Borang TM-AB 

5) Salinan asal dan fotostat dokumen identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil) 

6) Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan: Perintah Mahkamah; atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM www.puspakom.com.my yang masih berkuat kuasa

Semua urusan pertukaran hak milik geran kereta dan geran motorsikal memerlukan pengesahan cap jari dan mykad. Oleh sebab itu, proses penukaran hakmilik geran kereta dan motorsikal mereka yang telah meninggal dunia ada masalah.

KESIMPULANNYA

Semua Waris kena bersetuju terlebih dahulu dalam Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi sebelum proses di atas boleh dilaksanakan. Jelas?

Apa penyelesaiannya untuk kita yang masih hidup?

Tulislah wasiat.......

Tulis wasiat itu mudah.......

Namakan semua nombor plat kereta dan motorsikal... pihak kami tukarkan hakmilik kepada penama yang anda mahukan.....semudah itu...sedar sedar dah siap tukar nama kepada waris...beresss...

Urusan settlekan takaful loan kereta pun diuruskan!!! (Jika seseorang meninggal dunia, baki loan kereta akan di settle kan oleh Takaful loan kereta (jika anda bayar masa beli kereta dulu la)) Senang waris......

Jom mulakan wasiat anda

Whatsapp FairuzRamli 0134555888







Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan antara seperti berikut 2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3 2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2) Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja: Borang TM-AB Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil) Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan: Perintah Mahkamah; atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM (www.puspakom.com.my) yang masih berkuat kuasa

Pautan Sumber: mysumber.com
Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan antara seperti berikut 2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3 2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2) Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja: Borang TM-AB Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil) Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan: Perintah Mahkamah; atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM (www.puspakom.com.my) yang masih berkuat kuasa

Pautan Sumber: mysumber.com
Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan antara seperti berikut 2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3 2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2) Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja: Borang TM-AB Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil) Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan: Perintah Mahkamah; atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM (www.puspakom.com.my) yang masih berkuat kuasa

Pautan Sumber: mysumber.com
Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan antara seperti berikut 2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3 2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2) Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja: Borang TM-AB Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil) Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan: Perintah Mahkamah; atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM (www.puspakom.com.my) yang masih berkuat kuasa

Pautan Sumber: mysumber.com
Read More »

Hati Hati Penipuan Wasiat Oleh Warga Afrika Scammer

Hati Hati Penipuan Wasiat Oleh Warga Afrika Scammer

Ya, wasiat pun dah boleh jadi bahan untuk menipu orang ramai. Bunyi macam tak logik tapi tahap kerugian kes di Malaysia dah capai puluhan ribu ringgit.  Mudah mudah je kene tipu. Hai...janganlah macam tu. Biasa kita ditipu akibat fikiran kita dikaburi oleh sifat TAMAK.

Hati hati dengan Wasiat Scammer oleh Warga Afrika atau Nigeria
Hati hati dengan Wasiat Scammer oleh Warga Afrika atau Nigeria


Berikut adalah berita sumber dari Berita Harian 4 Oktober 2015:

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Sindiket African Scam bukan sahaja menggunakan kaedah ‘cinta maya’ dalam modus operasi penipuannya tetapi semakin licik men­jadikan urusan pengurusan wasiat sebagai medium meraih keuntungan dalam masa yang singkat daripada mangsa.
IZANY ABDUL GHANI

Terbaharu, polis ber­jaya menahan enam individu termasuk seorang wanita warga Afrika kerana terlibat dalam penipuan membabitkan anggaran kerugian sebanyak RM44,070 dalam dua serbuan berasingan sekitar ibu negara pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mengesahkan perkara itu berkata, penahanan itu hasil maklumat dan risikan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, dalam serbuan pertama, polis telah menahan tiga warga Afrika termasuk seorang wanita di ibu negara.

“Mereka mengakui terlibat da­lam penipuan seorang warga Taiwan dengan mendakwa kononnya abang sepupu mangsa yang telah meninggal dunia di Ghana telah mewariskan harta kepadanya.

“Suspek kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang kononnya bagi menguruskan proses pemindahan harta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Izany memberi­tahu, pihaknya turut merampas beberapa peralatan yang digunakan kesemua suspek dalam penipuan tersebut seperti enam telefon bimbit pelbagai jenama, modem (tiga), komputer riba (dua) dan satu fail kertas kuning yang mengandungi dokumen permohonan perkhidmatan internet.

Mengulas lanjut, dalam serbuan kedua pula yang dijalankan di sini, seramai tiga lelaki warga Afrika berjaya ditahan.

“Kesemua mereka ditahan selepas dipercayai menipu seorang wanita tempatan menerusi laman sosial Facebook yang mendakwa kononnya salah seorang daripada suspek mahu mengirim barang dari United Kingdom (UK) kepada mangsa.

“Mangsa telah dihubungi oleh salah sebuah syarikat kurier yang memaklumkan barang mangsa sudah sampai namun wanita terbabit diminta membuat pembayaran menerusi tiga akaun berbeza untuk mendapatkan barangan tersebut,” ujarnya.

Izany menambah, kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut dan pihaknya kini masih memburu beberapa suspek lain yang dikatakan telah lari ke luar negara.



Jadi tuan tuan dan puan puan, betulkan niat nak buat Wasiat....iaitu nak bantu dan permudahkan urusan pengurusan pusaka apabila kita telah tiada. Memang susah nak menguruskan harta pusaka. Apa kata kita sediakan kemudahan untuk isteri kesayangan dan anak anak kesayangan kita tu. Bukan orang lain pun. Janganlah harap pihak kerajaan uruskan bagi pihak anda. Kesian isteri dan anak anak terpaksa menanggung kos tinggi dan kerja urusan pusaka yang rumit, akibat kita tak sediakan wasiat.

Jangan jadikan wasiat sebagai peluang untuk mendapat habuan dan mengumpul harta. Takut takut nanti anda akan menjadi mangsa scammer mat afrika ni hehehe.

Semoga menjadi tauladan, Insha Allah.


Jom mulakan Wasiat anda....buat hanya sekali, nak update harta percuma ye....

Nak tanya tanya, nak bincang, boleh Whatsapp saya FairuzRamli 0134555888


Read More »

Pro and Cons Tulis Wasiat Sendiri Tanpa Melalui Syarikat Wasiat

Pro and Con Tulis Wasiat Sendiri Tanpa Melalui Syarikat Wasiat

Mungkin ramai dah pernah dengar tentang penulisan wasiat sendiri. Ada juga yang agak mahir dan mempunyai latar belakang undang undang yang kukuh dan berpengalaman. Jadi tidak menjadi masalah untuk mereka ini menyediakan draf wasiat sendiri.

Cara Tulis Wasiat Sendiri Percuma
Cara Tulis Wasiat Sendiri Percuma


Namun, jika penulisan ini menjadi ikut ikutan kepada mereka yang zero knowledge tentang undang undang dan keperluan untuk pengesahan sesuatu dokumen di hadapan pihak mahkamah, maka apabila berlaku kematian, semua dokumen wasiat tulisan sendiri ini menjadi sia sia dan keadaan menjadi bertambah rumit kerana perancangan yang dibuat tidak menjadi dan ditentang pula oleh kalangan waris yang sah.

Bisanya jika wasiat yang ditulis oleh Arwah tidak sah, pastinya akan berlaku berebutan dan pertengkaran kerana masing masing mungkin telah ada pendapat masing masing yang ingin diketengahkan sebagai titik penyelesaian kepada harta pusaka arwah.

Jangan dilupa tentang isu, siapakah yang akan menguruskan urusan pusaka tersebut, notis, bicara, dokumen, mati setem, cukai, kos tukar nama dan lain lain. Semuanya melibatkan kos duit dan masa. Hanya mereka yang pernah mengalami sahaja memahami maksud tulisan saya ini. Biasanya mereka yang mendapat bahagian paling kecil pastilah berkira tentang 2 perkara ini (kos masa dan duit).

Jadi saya cuba simpulkan di sini, ada perkara iaitu;

Kelebihan Kebaikan Pro Tulis Wasiat Sendiri:
1- Percuma
2- Boleh ubah bila bila masa selagi masih hidup
3- Dokumen mudah akses di rumah/pejabat

Kelemahan Kekurangan Cons Tulis Wasiat Sendiri:
1- Waris kena uruskan sendiri apa yang ditulis dalam wasiat tu (makan masa bertahun dan duit).
2- Semua Waris (100%) perlu setuju kandungan wasiat. Jika tidak, arahan wasiat tidak dapat dilaksanakan.
3- Dokumen Wasiat boleh hilang dan rosak (digigit lipas, tikus, dicuri, banjir dan kebakaran). Jika dokumen asal wasiat musnah atau rosak, dokumen salinan tidak valid untuk digunakan semasa perbicaraan dan di mahkamah tinggi. Ingat, tiada dokumen wasiat, tiadalah wasiat!

Kelebihan menulis wasiat dengan saya:
1- Dokumen boleh ubah bila bila masa (boleh update status aset bila-bila masa)
2- Dokumen Wasiat boleh disimpan dalam bilik kebal (hanya salinan dipegang pewasiat)
3- Apabila berlaku kematian, Pihak kami akan bantu pengurusan pusaka seperti proses pengagihan aset, duit, saham, tukar nama tanah, tukar nama kereta, tukar nama motor dan lain lain lagi. Semua proses ini rumit dan kompleks, namun oleh kerana pembuat .


Semoga kita semua faham dengan kelebihan tulis wasiat sendiri dan apa kelemahannya.

Tulis itu MUDAH, melaksana itu SUSAH......





Berminat untuk tulis wasiat?
Hubungi FairuzRamli 0134555888

Read More »

Copyright © Penulis Surat Wasiat Islam Designed by azhafizah.com