Antara cara yang paling berkesan untuk umat Islam mengingati dan menginsafi bahawa mati akan datang pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja ialah dengan mengingati mati. Mati adalah pemisah antara alam dunia dan mati 'memusnahkan' kelazatan dunia bagi yang takut kepada mati.
Ada yang takut mati namun mereka tidak membuat persediaan untuk menghadapi mati. Bukankah aneh, mengatakan merindui Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ingin memasuki syurga tertinggi tanpa azab dan hisab, namun takut untuk mati. Kalau tak mati, macam mana kita nak lalui perjalanan kehidupan yang seterusnya? Sama-sama kita fikir-fikirkan...
Gambar sekadar hiasan |
Kita renungkan kisah dan petikan hadis-hadis ini:
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu beliau berkata:
''Ya Rasulullah, siapakah si zahid (orang yang zuhud) yang paling besar?'' Baginda SAW bersabda, ''Seseorang yang tidak melupakan mati dan keadaannya yang hancur binasa selepas mati dan dia meninggalkan perhiasan-perhiasan dunia dan mengutamakan akhirat ke atas dunia serta tidak meyakini hari esok untuknya dan menganggap dirinya daripada kalangan orang-orang yang telah mati.'' Bahawa tidak lama lagi dia akan mati dan tergolong dalam kalangan mereka.
Sayyidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, ''Banyakkan ingatkan maut yang merupakan sesuatu yang memecahkan segala kelazatan. Sesiapa yang mengingati maut ketika susah maka ia menjadi sebab untuk kelapangan dan kemudahannya (yakni dia dengan rela menerima bahawa dalam apa-apa keadaan pun mati pasti akan datang dan mati adalah kesudahan bagi segala susah payah). Dan sesiapa yang mengingati maut ketika senang maka perbuatannya itu menjadi sebab pengurangan perbelanjaanya (kerana memikirkan maut maka hati tidak ingin hidup bermewah-mewah).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita bersama. Jika anda ingin merancang pengurusan wasiat sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi kematian, anda boleh hubungi saya. KLIK LINK INI untuk terus Whatsapp.