Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Harta - Manfaat atau Mudarat? Pilihan di Tangan Kita

H A R T A ! 
Siapa yang tidak tertarik kepada harta? Ia adalah dambaan sesiapa sahaja dan tak keterlaluan jika dikatakan dari zaman dahulu, sekarang dan akan datang akan sentiasa ada insan yang sanggup melakukan apa saja demi harta. 


Bagaimana mendapatkan harta dan bagaimana cara menggunakannya adalah bergantung kepada individu. Sebagai orang Islam khususnya, kita mestilah sentiasa berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah agar kita menjadi golongan yang mendapatkan dan menggunakan harta dengan cara yang betul untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. 



Hidup kita di dunia hanya sementara saja, tak salah untuk kita memburu harta dan memiliki sebanyak mana pun, asalkan kita berada pada jalan yang lurus. Semuanya akan dihisab kelak. Itulah pegangan yang kita mesti pegang kukuh. Biarlah kita menjadi hamba Allah yang berharta di dunia yang menjadikan harta sebagai jambatan untuk menuju ke syurga tertinggi tanpa azab dan hisab, InsyaAllah.

Gambar sekadar hiasan
Saya ingin memetik dan membuat ulasan mengenai topik harta berdasarkan kepada sebuah kitab yang saya baca mengenai Fadilat Sedekah untuk renungan kita bersama. 


Imam Ghazali berkata bahawa harta ialah seumpama ular. Ia mempunyai bisa dan pada masa yang sama ia juga mempunyai penawar. 


Manfaat-manfaat harta adalah seumpama penawar dan kemudaratan harta adalah seumpama bisa. Sesiapa sahaja yang mengetahui manfaat dan kemudaratannya maka dialah sahaja yang mampu untuk mendapatkan manfaatnya dan memelihara diri daripada kemudaratannya. 



HARTA MANFAAT

Dalam harta terdapat 2 manfaat:
  1. Manfaat dunia
  2. Manfaat akhirat

Manfaat Dunia:
Manfaat dunia ialah manfaat yang boleh diperolehi daripada adanya harta untuk kegunaan dunia seperti berbelanja, membeli rumah, kenderaan, melancong, membeli polisi insurance, untuk perubatan, pendidikan dan sebagainya yang berkaitan urusan dunia. 


Manfaat akhirat:

Terbahagi kepada 3 iaitu:

1. Asbab ibadat yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung.
Contoh ibadat secara langsung menggunakan harta ialah ibadah haji dan jihad. Amalan-amalan ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan harta. 

Contoh penggunaan harta secara tidak langsung dalam ibadat ialah perbelanjaan untuk makan dan minum dan lain-lain keperluan harian. Jika keperluan-keperluan ini tidak terpenuhi maka hati seseorang tidak akan mendapat rasa untuk melakukan apa-apa amalan agama. Dengan kata lain, apabila harta menjadi perantaraan untuk seseorang dapat beribadat maka ia juga ibadat. Namun, jumlah harta yang dikira termasuk dalam ibadat hanyalah sekadar jumlah yang boleh membantu dalam urusan-urusan agama. Jumlah yang lebih daripada itu tidak dikira ibadat. 


2. Memberikan harta kepada orang lain.
Manfaat harta dengan memberikan kepada orang lain terbahagi pula kepada 4 bahagian iaitu:
  • Sedekah iaitu harta yang diberikan kepada orang-orang miskin.
  • Harta yang dibelanjakan untuk akhlak.
  • Untuk menjaga maruah.
  • Memberi gaji kepada pekerja.
* saya hanya menulis point ringkas sahaja, untuk penerangan lanjut, anda boleh baca di dalam Kitab Fadilat Amal - Bab 2 Celaan Bakhil)


3. Berbelanja untuk kebajikan umum.
Berbelanja untuk kebajikan umum tidak merupakan perbelanjaan kepada mana-mana pihak peribadi yang khusus tetapi manfaatnya akan didapati oleh semua secara umum. Contohnya seperti membina masjid, membina rumah tumpangan musafir, hospital dan madrasah.


Alangkah beruntungnya mereka yang berharta yang berbelanja untuk kebajikan umum seperti ini kerana pahala akan terus mengalir semasa dia masih hidup dan sesudah meninggal dunia. Doa-doa daripada orang soleh yang mendapat faedah dan manfaat dari kegunaan harta yang disedekahkan ini akan terus-menerus sampai kepada si mati yang dermawan ini. 

Gambar sekadar hiasan


Selain itu, Hadrat Maulana Shah 'Abd ul-'Aziz berkata bahawa menginfaqkan harta boleh dibahagikan kepada 7 jenis ibadat:

  1. Pembayaran zakat (termasuk juga pembayaran 1/10)
  2. Pembayaran zakat fitrah
  3. Khairat (termasuk juga melayan tetamu dan membayar hutang si penghutang)
  4. Waqaf (seperti membina masjid, jambatan, dll)
  5. Menunaikan haji yang fardhu atau sunat termasuk membantu orang lain untuk menunaikan haji dengan memberinya bekalan atau bayaran kenderaan.
  6. Berbelanja untuk berjihad.
  7. Menunaikan hak nafkah orang-orang yang di bawah tanggungan kita seperti isteri, anak-anak yang masih kecil dan menanggung saudara-mara yang memerlukan dan lain-lain selama mana kita mampu. 



HARTA MUDARAT

Imam Ghazali berkata bahawa kemudaratan harta juga terbahagi kepada 2 bahagian.

1. Harta menjadi sebab banyaknya maksiat
Semakin banyak harta, semakin banyak maksiat dilakukan dan semakin jauh di daripada jalan Allah dan rahmat Allah. Sebab itulah, ujian harta lebih besar daripada ujian kemiskinan. Namun, kita mempunyai pilihan untuk menjadikan harta kita sebagai harta manfaat atau harta mudarat. 


2. Harta menjadi asbab untuk bermewah-mewah atas perkara yang tidak sepatutnya (berlebih-lebih) yang menyebabkan hatinya menjadi lalai dan terlalu sibuk mengumpul harta dan sayangnya ia dibelanjakan kepada jalan yang memudaratkan. 



Jadi, sebagai kesimpulannya, harta yang bermanfaat atau mudarat adalah 2 perkara yang kita sendiri boleh membuat pilihan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai manusia, kita adalah hamba Allah yang lemah, yang mudah tergoda dengan pesona dunia.


Benar, bukan mudah untuk melawan bisikan nafsu dan godaan syaitan yang tak pernah jemu menyesatkan manusia. Namun, jika kita sentiasa mengingati mati adalah pemisah kepada kelazatan dunia, dan harta kita adalah sebagai jambatan dan asbab untuk kita meraih rahmat dan syurga yang kekal abadi, InsyaAllah, kita boleh jadikan harta kita sebagai harta yang bermanfaat. 




Saya ingin mengambil peluang disini untuk memaklumkan kepada anda, yang anda boleh menguruskan harta anda sebelum dan sesudah anda meninggal dunia melalui PERKHIDMATAN WASIAT yang kami berikan.


Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan servis daripada kami sebagai Wasi untuk menguruskan harta pusaka anda dengan sebaik mungkin mengikut syariat Islam. Uruslah harta anda dengan sebaiknya kerana ia adalah penentu masa depan anda dan keluarga di dunia dan di akhirat kelak. 


Anda boleh hubungi saya melalui talian Whatsapp di bawah:


FairuzRamli

- Membuat Wasiat Itu Mudah -