Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Beza Buat Wasiat VS Tak Buat Wasiat

Beza Buat Wasiat VS Tak Buat Wasiat





Dari perbezaan prosedur dan masa yang ditunjukkan di atas, kita dapat lihat kelebihan yang diperolehi dengan membuat wasiat, di antaranya:


i) Dapat mengelakkan, atau sekurang-kurangnya mengurangkan pertikaian keluarga dalam mencari pentadbir harta dan mencapai persetujuan bersama dalam pembahagian harta;

ii) Menjimatkan masa - semakin lama masa yang diambil, semakin tinggi risiko waris yang ada meninggal dunia, semakin rumit masalah yang bakal dihadapi.

KELEBIHAN MERANCANG:

Beza buat wasiat dan tak buat wasiat
Beza buat wasiat dan tak buat wasiat

  • Perancangan boleh di buat dengan teliti.
  • Memastikan apa yang dirancangkan itu menjadi kenyataan.
  • Melindungi kebajikan masa depan waris/orang tersayang.
  • Memastikan harta kita dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hasrat kita.
  • Mempercepatkan pengagihan harta pusaka tanpa perlu menghadapi rintangan dan kerenah birokrasi yang akan dihadapi oleh waris sekiranya kita tidak membuat surat wasiat.
  • Kita boleh menamakan penjaga untuk waris yang di bawah umur.
  • Kita boleh memastikan hutang kita dunia dan akhirat dibayar oleh waris2 kita melalui harta pusaka yang kita tinggalkan.



KELEBIHAN SIMPANAN WASIAT DENGAN KAMI

1. Mudah diperolehi apabila diperlukan oleh Wasi Anda.
2. Terhindar dari cubaan untuk merosakkan Wasiat
3. Pengawalan akses Wasiat yang Sulit
4. Selamat dari segala bentuk bencana
5. Kemudahan simpanan selamat pada harga yang berpatutan
6. Diskaun untuk Penulisan Semula Simpanan Selamat Seumur Hidup


Carta Alir Proses Cair Harta Pusaka Berwasiat dan Tanpa Wasiat
Carta Alir Proses Cair Harta Pusaka Berwasiat dan Tanpa Wasiat 

Carta alir di atas menunjukkan proses mencairkan harta pusaka tanpa berwasiat lebih rumit dan banyak birokrasi berbanding dengan pengurusan harta pusaka dengan wasiat.  Jika nilai harta benda anda melebihi RM600 ribu maka ia memerlukan 2 penjamin dengan seorang RM600 ribu jaminan. 

Di mana wasi yang dipersetujui hendaklah mencari penjamin yang sanggup menjamin anda sebagai wasi.  Berbeza dengan orang yang sudah berwasiat, mereka sudah melantik kami sebagai pentadbir harta pusaka mereka selepas mereka mati.  Sudah tentu pihak kami tiada masalah dalam soal jaminan bon ini kerana ia merupakan organisasi Trustee yang berpengalaman dan profesional.

Satu lagi kerumitan ialah apabila waris hendak melantik wasi, di sinilah akan berlaku kerumitan kerana tidak semua waris bersetuju dengan wasi yang hendak dilantik.  Maka berlakulah perselisihan faham yang akhirnya menjadikan kes ini terus berpanjangan sehingga boleh jejak ke 10 tahun.  Jika anda ada adik beradik 7 orang, ia sudah cukup memeningkan waris untuk melantik wasi yang semuanya bersetuju dengannya menjadi wasi.  Sebab itu penulisan wasiat ini mesti disegerakan dan jangan di tangguh-tangguhkan demi menjamin keharmonian dikalangan waris kita.

Nak buat wasiat secara Professional? Whatsapp SMS Call 0134555888

Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/suratwasiatislam