Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Dana Pantas untuk Pengurusan Pusaka

Dana Pantas untuk Pengurusan Pusaka


Dana Pantas Untuk Pengurusan Pusaka
Dana Pantas Untuk Pengurusan Pusaka

Apabila anda merancang sesuatu pengurusan pusaka, samada perancangan wasiat atau hibah, anda perlu faham bahawa sebarang proses di mahkamah dan pejabat tanah, samada carian dan pertukaran hak milik pastinya akan melibatkan KOS KEPADA WARIS (mereka yang pernah uruskan ini untuk arwah pasti faham). Duit minyak nak ulang alik ke pejabat tanah, pejabat JPJ, Bank bank, pejabat PNB dan lain lain.
Apabila anda merancang, sebaiknya adalah jika juga merancang juga KOS yang bakal muncul apabila pindah milik atau turun milik berlaku kepada waris.
Dicadangkan 2 kaedah untuk Dana Pantas:

1- Dana Pantas daripada Tabung Haji (buat Penama)
2- Dana Pantas daripada Takaful Nyawa (buat Penama DAN BUKANNYA HIBAH!)
* Untuk merancang nilai Dana Pantas ini, anda perlu buat kiraan kasar untuk kos yang perlu ditanggung waris. Jika waris adalah suri rumah, anak bawah umur, OKU lagilah pentingnya dana pantas ni. Anda kira sendiri sebab kos terlibat adalah duti setem pindah hakmilik hartanah dan kos di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi (belum kira lagi ye).

Kalkulator Duti Setem Pindah Milik Hartanah = <KLIK SINI>

* Anda juga perlu merancang agar Dana Pantas ini digunakan untuk kos menyelesaikan hutang anda seperti bil kad kredit, bil TNB, bil air, cukai tanah, cukai streamyx, bil telefon, bil penapis air.

* Secara umumnya kita perlu menyediakan sehingga RM30K minimum untuk selesa penyelesaian. Ini bergantung kepada jumlah keseluruhan nilai harta anda. Ini anggaran kalau total semua (rumah, tanah, kenderaan, pelaburan dan lain lain) sehingga RM400,000.

* Perlu buat PENAMA dan bukannya HIBAH!!! Kenapa? Sebab jika dah hibah kenapa pula nak tuntut suruh bayar hutang anda dan kos kos untuk semua waris???? Kan macam tak kena tu huhuhu.

Dah Hibah = hadiah tanpa harap balasan. Jadi tak boleh nak suruh settle hutang...macam tak kena
Tanggungjawab Penama = Selesaikan hutang arwah dan kos pengurusan pusaka arwah.

Apabila anda buat penama, KEWAJIPAN waris adalah menyelesaikan hutang. Sebelum pembahagian faradi dibuat, hutang ini boleh diselesaikan menggunakan Dana Pantas. Perlu maklum bahawa PENAMA bukan pemilik nilai duit atau pampasan takaful, tetapi adalah pemegang dan sebagai pemegang, perlu selesaikan hutang arwah sebelum dibincangkan pembahagian.

CONTOH TAKAFUL HIBAH YANG BETUL:

Polisi Takaful Nyawa RM100K
- Hibah kepada isteri (hibah kasih sayang kepada isteri dan ikhlas)

Polisi Takaful Nyawa RM30K
- Penama RM30K kepada isteri (ini digunakan untuk dana pantas pengurusan pusaka)

* Berdasarkan pengalaman, untuk buat Dana Pantas menggunakan Takaful Nyawa, sekitar RM150 sebulan. <RUJUK SINI>

Jika anda SERIUS nak mulakan Wasiat dan Hibah, boleh whatsapp link 
FairuzRamli = www.wasap.my/60134555888/WasiatHibah