Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Cara Hibah Kepada Anak Angkat, Anak Saudara, Isteri dan Anak

Cara Hibah Kepada Anak Angkat, Anak Saudara, Isteri dan Anak

Hibah kepada Anak Angkat dan Anak Saudara
Hibah kepada Anak Angkat dan Anak Saudara


Adakah anda ada memikirkan untuk memberi hibah atau memberi aset seperti rumah, tanah, saham, Unit Trust, perniagaan, syarikat, pelaburan dan sebagainya kepada waris yang bukan isteri dan anak kandung sendiri?

Soalan penting....apa beza wasiat dan hibah?

Jawapan =

Dokumen wasiat bukanlah dokumen yang paling berkesan untuk membahagikan harta. Jika anda menyediakan wasiat dan di dalamnya anda nyatakan mengenai hasrat anda untuk membahagikan harta mengikut formula tertentu, pembahagian itu tidak berkuatkuasa secara automatik kerana ia memerlukan persetujuan semua waris untuk dilaksanakan. Diulangi, " Persetujuan SEMUA WARIS ". Seorang pun tak boleh tak setuju. Perlu 100% persetujuan ya.

Jadi kalau wasiat untuk pembahagian harta tidak boleh dikuatkuasakan, kenapa pula mereka nak menyediakan wasiat? Jawapan saya biasanya mudah sahaja, Kalau tak buat wasiat, adakah pembahagian harta pusaka akan berjalan lancar? Sekurang kurangnya ada dokumen hitam putih untuk rujukan waris untuk mendengar sendiri pesanan arwah (penulis wasiat). Kadang kadang ada pesanan berdasarkan lisan sahaja dan tidak didengari atau ada saksi dari kalangan waris yang lain, sudah tentu waris tersebut tidak setuju dan tidak percaya pesanan lisan tersebut!

Pesanan saya kalau mereka ingin membahagikan harta mereka mengikut formula tertentu kepada orang yang mereka kehendaki baik waris mahupun bukan waris, dokumen yang paling berkesan sebenarnya ialah HIBAH.

Kebaikan hibah = Ianya lebih tinggi daripda Faraid dan dikeluarkan daripada senarai pembahagian harta Faraid.

Kelemahan = Kos lebih tinggi jika semua harta ingin dihibahkan (biasa orang buat untuk harta yang utama sahaja)

Apa itu hibah?

Dari segi bahasanya, hibah bermaksud hadiah. Selagi anda masih hidup dan bernafas, anda bebas untuk memberikan hibah kepada sesiapa pun mengikut formula yang anda kehendaki. Sekiranya anda berhasrat untuk membahagikan harta, anda patut mempertimbangkan untuk menyediakan hibah kerana ia mempunyai beberapa kelebihan seperti:

Formula pembahagian yang berkuatkuasa.

Berbeza dengan wasiat yang formula pembahagiannya mesti dipersetujui oleh waris sebelum boleh dilaksanakan, formula pembahagian hibah berkuatkuasa sepenuhnya mengikut hasrat pemberi hibah di dalam dokumen hibah tersebut. Sebaik sahaja Mahkamah Syariah memutuskan bahawa hibah itu sah mengikut hukum syarak, ia tidak boleh dituntut oleh waris yang lain. Jadi kalau anda serius untuk memastikan hasrat ini tercapai, buatlah dokumen hibah dan bukannya wasiat.

Hibah kepada anak dan cucu boleh ditarik balik.

Ada juga yang berpendapat bahawa tak payah bersusah-payah untuk buat hibah. Pindah milik sahaja hartanah yang dikehendaki kepada anak angkat, anak saudara, isteri atau anak yang mereka ingini. Jawapan saya, “Tentu sahaja boleh pindah milik tetapi jangan menyesal kalau anak-anak kita jual hartanah ini dalam keadaan kita masih bernyawa kerana ia telah pun menjadi milik sah mereka.”. Memang banyak pun kes seperti ini berlaku hihihi. Paling kerap ialah apabila ibubapa menukarkan hak milik tanah mereka, anak anak akan menggunakan harta tersebut sebagai gadaian untuk membuat pinjaman perniagaan. Apabila perniagaan gagal, tanah tersebut dilelong. Ibubapa terperangkap samada nak tebus kembali tanah atau gunakan duit sedia ada untuk meneruskan hasrat menunaikan haji. Nasib...nasib....

Ada juga kes di mana ibu bapa yang telah memindahmilik rumah mereka kepada anak-anak, dihalau dari rumah selepas itu. Sadis bukan? Tapi itulah hakikat kehidupan.

Di sinilah hibah mempunyai keistimewaan ketara. Dengan menyediakan hibah, kita telah menetapkan siapakah yang akan menerima harta ini mengikut formula yang kita mahu tetapi sekiranya pemberian ini dibuat kepada anak dan cucu, kita boleh menarik balik atau mengubah formula pemberian ini pada bila-bila masa yang kita kehendaki.

Perlaksanaan selepas kematian pemberi hibah.

Walaupun dokumen hibah disediakan hari ini, namun pindah milik di dalam geran hanya akan dibuat selepas kematian pemberi hibah. Perlaksanaan hibah seperti ini menjamin bahawa pemberi hibah masih mempunyai kuasa ke atas hartanah yang dihibah selagi dia masih hidup.

Kos penyediaan hibah yang lebih murah daripada pindah milik.

Sekiranya pindah milik dibuat daripada nama pemberi hibah kepada penerima hibah, duti setem perlu dibayar. Secara umumnya, duti setem ini ialah 1.0 peratus untuk nilai hartanah RM100,000 yang pertama, 2.0 peratus untuk nilai hartanah RM400,000 yang kedua dan 3.0 peratus untuk nilai hartanah yang seterusnya.

Jom Buat Kira kira:
Tak Buat Hibah/Nak Tukar Nama Terus untuk Rumah Berharga RM500,000.00
RM100K X 1% = RM1000
RM400K X 2% = RM8000
Total = RM9K
* Buat hibah tak sampai la RM9K...baru berapa
* Ini baru kira sebuah rumah...belum masuk harta lain lain lagi....tanah, saham dan lain lain


Seorang ayah atau ibu boleh memilih untuk memindah milik hartanah mereka kepada anak-anak hari ini tetapi mereka perlulah membayar kos ini. Oleh kerana hibah tidak memerlukan pindah milik berlaku, duti setem tidak perlu dibayar dan ini menyebabkan prosedur menyediakan hibah jauh lebih efektif dari segi kos.

Perkara penting yang anda perlu tahu:

Hibah adalah dokumen Tambahan kepada Wasiat. Bermaksud, wasiat perlu dibuat dan dokumen hibah sebagai tambahan. 


Jom buat Wasiat dan Hibah secara mudah....

Whatsapp FairuzRamli 0134555888