Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Hati Hati Penipuan Wasiat Oleh Warga Afrika Scammer

Hati Hati Penipuan Wasiat Oleh Warga Afrika Scammer

Ya, wasiat pun dah boleh jadi bahan untuk menipu orang ramai. Bunyi macam tak logik tapi tahap kerugian kes di Malaysia dah capai puluhan ribu ringgit.  Mudah mudah je kene tipu. Hai...janganlah macam tu. Biasa kita ditipu akibat fikiran kita dikaburi oleh sifat TAMAK.

Hati hati dengan Wasiat Scammer oleh Warga Afrika atau Nigeria
Hati hati dengan Wasiat Scammer oleh Warga Afrika atau Nigeria


Berikut adalah berita sumber dari Berita Harian 4 Oktober 2015:

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Sindiket African Scam bukan sahaja menggunakan kaedah ‘cinta maya’ dalam modus operasi penipuannya tetapi semakin licik men­jadikan urusan pengurusan wasiat sebagai medium meraih keuntungan dalam masa yang singkat daripada mangsa.
IZANY ABDUL GHANI

Terbaharu, polis ber­jaya menahan enam individu termasuk seorang wanita warga Afrika kerana terlibat dalam penipuan membabitkan anggaran kerugian sebanyak RM44,070 dalam dua serbuan berasingan sekitar ibu negara pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mengesahkan perkara itu berkata, penahanan itu hasil maklumat dan risikan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, dalam serbuan pertama, polis telah menahan tiga warga Afrika termasuk seorang wanita di ibu negara.

“Mereka mengakui terlibat da­lam penipuan seorang warga Taiwan dengan mendakwa kononnya abang sepupu mangsa yang telah meninggal dunia di Ghana telah mewariskan harta kepadanya.

“Suspek kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang kononnya bagi menguruskan proses pemindahan harta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Izany memberi­tahu, pihaknya turut merampas beberapa peralatan yang digunakan kesemua suspek dalam penipuan tersebut seperti enam telefon bimbit pelbagai jenama, modem (tiga), komputer riba (dua) dan satu fail kertas kuning yang mengandungi dokumen permohonan perkhidmatan internet.

Mengulas lanjut, dalam serbuan kedua pula yang dijalankan di sini, seramai tiga lelaki warga Afrika berjaya ditahan.

“Kesemua mereka ditahan selepas dipercayai menipu seorang wanita tempatan menerusi laman sosial Facebook yang mendakwa kononnya salah seorang daripada suspek mahu mengirim barang dari United Kingdom (UK) kepada mangsa.

“Mangsa telah dihubungi oleh salah sebuah syarikat kurier yang memaklumkan barang mangsa sudah sampai namun wanita terbabit diminta membuat pembayaran menerusi tiga akaun berbeza untuk mendapatkan barangan tersebut,” ujarnya.

Izany menambah, kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut dan pihaknya kini masih memburu beberapa suspek lain yang dikatakan telah lari ke luar negara.



Jadi tuan tuan dan puan puan, betulkan niat nak buat Wasiat....iaitu nak bantu dan permudahkan urusan pengurusan pusaka apabila kita telah tiada. Memang susah nak menguruskan harta pusaka. Apa kata kita sediakan kemudahan untuk isteri kesayangan dan anak anak kesayangan kita tu. Bukan orang lain pun. Janganlah harap pihak kerajaan uruskan bagi pihak anda. Kesian isteri dan anak anak terpaksa menanggung kos tinggi dan kerja urusan pusaka yang rumit, akibat kita tak sediakan wasiat.

Jangan jadikan wasiat sebagai peluang untuk mendapat habuan dan mengumpul harta. Takut takut nanti anda akan menjadi mangsa scammer mat afrika ni hehehe.

Semoga menjadi tauladan, Insha Allah.


Jom mulakan Wasiat anda....buat hanya sekali, nak update harta percuma ye....

Nak tanya tanya, nak bincang, boleh Whatsapp saya FairuzRamli 0134555888