Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Mati Mengejut: Apa Kesan Kepada Waris

Mati Mengejut: Apa Kesan Kepada Waris

Pernahkah anda dengar tentang mati mengejut? Apa itu mati mengejut? Kematian mengejut terutamanya di kalangan orang muda merupakan satu tragedi bukan sahaja kepada ahli keluarga mereka tetapi juga kehilangan yang besar kepada masyarakat. Pemergian mereka ini yang berada di sekeliling anda baik saudara-mara, rakan setugas, jiran tetangga mahupun kenalan membuatkan kita tertanya-tanya, bagaimana mungkin ia terjadi ke atas seseorang yang masih muda dan sihat wal afiat.

Dianggarkan satu dalam setiap 20 kes kematian kardiak mengejut (SCD) yang berpunca daripada kegagalan jantung, tidak diperoleh sebab kematiannya yang sahih. Keadaan ini digelar SADS.

Jantung merupakan organ penting yang memiliki otot-otot kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kerja-kerja mengepam terhasil daripada rangsangan elektrik menerusi jantung secara berulang-ulang dalam bentuk pusingan. Sekiranya aktiviti elektrikal ini terganggu, misalnya disebabkan oleh kekacauan rentak jantung yang dikenali sebagai aritmia, ia boleh mempengaruhi kebolehan jantung untuk mengepam dengan sempurna.




wasiat dan kematian mengejut
Kematian Mengejut Boleh Berlaku. Sudah anda bersedia dengan wasiat?

Boleh Tak Orang Muda Mati Mengejut? YA

Boleh Tak Orang Tua Mati Mengejut? YA

 

Punca Kematian Mengejut

 Penyakit jantung

Menurut Pakar Perunding Perubatan, Hospital Kuala Terengganu, penyakit jantung merupakan penyebab paling biasa SADS dalam kesemua peringkat umur. Di kalangan individu berusia 30 tahun ke atas, penyakit jantung lazimnya berpunca daripada pembuluh yang membekalkan darah ke jantung telah tersumbat menyebabkan penyakit jantung koronari.Bagaimanapun, bagi mereka yang lebih muda dan kanak-kanak, kerap kali penyebabnya adalah sesuatu yang berbeza.

Penyakit-penyakit yang dimaksudkannya itu adalah sepert kardiomiopati (sebarang gangguan kronik yang melibatkan otot jantung, mungkin menyebabkan pembesaran jantung, kegagalan jantung, aritmia dan embolisme); penyakit jantung sejak lahir/kongenital dan; miokarditis (keradangan otot jantung yang akut atau kronik, selalunya disebabkan oleh jangkitan virus). Lain-lain adalah penyakit tisu perantara yang dicirikan oleh perubahan-perubahan degeneratif pada kolagen seperti Eritematosus Lupus Sistemik dan; penyakit konduksi (ketidaknormalan saraf-saraf elektrikal dikendalikan menerusi nodular AV).

 Ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor, dibeli di kaunter farmasi dan ubat-ubat yang dilarang boleh mendatangkan bahaya tetapi jarang mempunyai kesan sampingan terutamanya jika diambil pada dos berlebihan. Antara kesan-kesannya termasuklah aritmia dan ada kalanya, boleh menyebabkan kematian mengejut.

Lain-lain Punca Mati Mengejut

Penyelidikan mendapati, kematian mengejut walaupun tidak sering berlaku, boleh juga disebabkan oleh keadaan-keadaan seperti sawan dan serangan asma yang teruk. Begitu juga dengan embolus pulmonari/gumpalan darah di dalam paru-paru disebabkan duduk terlalu lama di dalam penerbangan yang panjang. Ia boleh menyebabkan seseorang rebah secara tiba-tiba lalu mati. Selain itu,pendarahan otak disebabkan tekanan darah tinggi atau saluran darah abnormal di dalam otak, juga boleh menyebabkan kematian tiba-tiba.


Kesan Mati Mengejut Kepada Waris

1- Panik
2- Waris tak tahu cara uruskan pusaka, prosedur dan apa nak dibuat.
3- Waris sukar dikumpul dan bekerjasama kerana jarak dan perbezaan pendapat. Nak ambil cuti susah. Nak tunggu cuti sekolah lambat lagi dan lain lain.
4- Tekanan perasaan kerana kesukaran berurusan di pelbagai agensi dan proses memakan masa yang lama bermula notis hinggalah mendapat surat wakil kuasa.
5- Waris tidak berpuas hati setelah mendapat bahagian pusaka yang tidak seperti kehendak simati (tiada wasiat bertulis, hanyalah pesanan lisan, saksi lain pun tak ada.)


Jika ada kemudahan kewangan dan kemudahan masa, tulislah wasiat demi masa depan isteri dan anak anak......usahlah bertangguh kerana kesedaran tu dah ada...


Membuat Wasiat itu mudah.....Whatsapp FairuzRamli 0134555888