Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Salah Faham Orang Islam Tentang Wasiat

Salah Faham Orang Islam Tentang Wasiat

Salah faham utama orang islam mengenai wasiat
Salah faham utama orang islam mengenai wasiat

Ramai menyangka tulis wasiat ini cukuplah setakat tulis atas kertas dan simpan dalam almari. Pesan pada isteri dan anak-anak bahawa wasiat ada dalam sampul surat dan buka hanya jika bapa dah meninggal nanti. Hahaha...memang banyak tengok drama ni.

Wasiat sebenarnya tak cukup semata-mata menyenaraikan harta untuk diberikan kepada siapa dan berapa jumlahnya. Itu adalah satu fahaman salah yang perlu diperbetulkan. Jika hanya senarai harta dan siapa penerima sahaja ditulis maka lebih besar masalah akan timbul dalam perlaksanaan wasiat tersebut! Bukan salah pewasiat tapi kerana tiadanya pengetahuan tentang bagaimana perlaksanaan wasiat dalam dunia realiti. Jangan bersandarkan drama, kerana semua nampak mudah kan?

Di bawah saya senaraikan 3 Salah Faham Utama Orang Islam dalam Membuat Wasiat:


1) Hukum Faraid Tak Perlu Jika Sudah Ada Wasiat Bertulis
- Sebenarnya, wasiat yang tulis tangan atau tulis sendiri memang tak boleh pakai dan sangat lemah pembuktiannya dalam mahkamah. Jadi janganlah jadikan amalan tulis tangan kerana banyak lagi masalah boleh timbul. 
- Perlu difahami bahawa apabila si pewasiat meninggal dunia, hukum faraid akan dijalankan! Saya ulang, akan dijalankan! Melainkan, jika waris-waris si mati bersetuju pembahagian seperti terkandung dalam surat wasiat. Jika ada walau seorang pun tak setuju, maka pembahagian secara faraid akan dijalankan. Bayangkan jika ada ramai waris, atau ada anak yang tak sehaluan, masalah dadah, judi dan sebagainya. Ataupun, keluarga isteri kedua yang baru sahaja diketahui kewujudannya, pasti sangat sukar untuk mendapat persetujuan seperti yang di wasiatkan dalam surat wasiat. Apabila ada yang mencabar atau tidak bersetuju kandungan agihan dalam surat wasiat, maka hukum faraid akan mula menilai keseluruhan harta pusaka peninggalan dan membuat pembahagian faraid.

2) Tak Perlu Buat Wasiat kerana Hukum Faraid Dah Ada 
- Ramai menyangka hukum faraid sudah ada dalam islam dan ia akan berjalan dengan sendiri. Tahukah isteri hanya mendapat 1/8 bahagian sahaja? Jika sebuah rumah dibahagi 8, berapakah ruang 1/8 tersebut? Saiz dapur atau bilik air sahaja kan?
- Ramai juga tak tahu bahawa jika anda hanya ada anak perempuan dan TIADA anak lelaki dan tiada DATUK, maka hanya sedikit sahaja bahagian untuk isteri dan anak perempuan anda.
- Jika anda sudah tiada, maka adik beradik lelaki akan mendapat bahagian mereka. Mungkin ketika ini anda berpendapat adik beradik lelaki anda akan berlaku adil dan memulangkan bahagian mereka kepada isteri dan anak perempuan anda.
- Tahukah anda, sudah banyak kes apabila penilaian dibuat dan diberitahu harga terkni aset rumah, tanah, apartment anda sudah mencecah RM700K - 2 juta, maka adik beradik anda tanpa segan silu memberitahu pihak peguam, mereka mahukan sedikit daripada jumlah itu? Duit yang sebegitu banyak, siapa yang tak mahu kan? Umpama datang bergolek ke pangkuan hiihihi. Jika dibahagi dan nilaiannya RM400K seorang, selalunya kes-kes akan berlaku pihak adik beradik lelaki si mati setuju untuk menerima bahagian mereka dengan alasan nak selesaikan hutang dan sebagainya. Anda pasti terkilan kan?

3) Hukum Faraid Akan Berjalan Automatik dan Membahagikan Harta kepada Waris
- Satu lagi dongeng yang berlaku. Tiada istilah automatik untuk pengagihan harta. Jika anda tak memulakan prosesnya, selama itulah tiada perubahan. Jika anda buat diam dan tunggu pihak tertentu untuk mulakan, 20 Tahun menunggu pun tak ada pembahagian faraid pun yang akan berlaku. 
- Proses pembahagian harta bermula dengan perlantikan Pemegang Kuasa oleh Mahkamah Tinggi. Ini perlu di mohon dan ditanda tangani persetujuan semua waris-waris. Jika ada 25 orang, maka 25 oranglah yang diperlukan untuk melantik Pemegang Kuasa tersebut.
- Jika ada yang tak mahu tanda tangan pun jadi isu juga! Proses permohonan ini mengambil masa paling awal 6 bulan dan biasanya setahun. Jika nak hantar borang pun bergaduh hingga berbulan-bulan, bila nak mula dapat surat Pemegang Kuasa? Info Lanjut Proses Permohonan Surat Kuasa <KLIK SINI>. Dalam surat wasiat oleh pihak kami, terdapat perkara tentang perlantikan Pemegang Kuasa. Ini menjadikan proses berjalan serta merta selepas kematian pewasiat. Fikir-fikirlah tentang membuat wasiat ni. Mudahnya buat wasiat. 

Hubungi Saya Segera! Whatsapp FairuzRamli 0134 555 888 

Untuk Lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/suratwasiatislam