Kami Uruskan Perancangan Pusaka,Wasiat,Hibah dan Urusan Pusaka Arwah. JANGAN TANGGUH! Hubungi kami segera!

Perkhidmatan Deklarasi Harta Sepencarian

Deklarasi Harta Sepencarian

Harta Sepencarian perlu di persetujui dan ditandatangi awal dan bukan selepas cerai.
Harta Sepencarian perlu di persetujui dan ditandatangi awal dan bukan selepas cerai.

Setiap Isteri Patut Buat Awal...
Setiap Isteri Pertama Patut Buat Awal...
Setiap Isteri yang Syak Suami ada Isteri Lain Patut Buat Awal....
* Ini adalah tanda dan Bukti Kasih Sayang Suami Pada Isteri :)


Apakah Harta Sepencarian?

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai "Harta Sepencarian". Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilakukan. Harta sepencarian tidak semestinya melibatkan harta yang bersama-sama dikongsi beli. 


Contohnya jelas =

- isteri beri deposit rumah, beli rumah atas nama suami.
- isteri bayar separuh jumlah deposit untuk beli kereta baru



Contoh kurang jelas tapi layak sebenarnya =

- isteri duduk rumah jaga anak-anak, suami cari rezeki; pun boleh tuntut harta sepencarian
- dulu masa suami sambung belajar oversea, isteri ikut suami uruskan keluarga, sekarang dah berjaya jadi Dr Professor; pun boleh tuntut harta sepencarian.


Tahukah anda begitu banyak kes-kes harta sepencarian yang masih belum selesai bicara di mahkamah? Bukan senang untuk kes tuntutan ini diselesaikan apabila melibatkan pelbagai pihak dan waris. Kes melibatkan keluarga waris isteri pertama VS isteri kedua pun sudah amat kompleks dan rumit. Belum sebut lagi jika ada lebih daripada dua isteri. Kes tuntutan Harta Sepencarian banyak melibatkan pembuktian. Oleh yang demikian perlu faham situasi di mahkamah seperti penangguhan perbicaraan, tempoh perbicaraan yang panjang, bukti yang tidak mencukupi, saksi tidak hadir ke mahkamah dan sebagainya boleh berlaku dan boleh mengheret perbincaraan harta sepencarian sehingga 5-10 Tahun!

Perlu difahami bahawa Harta Sepencarian adalah satu hak untuk pasangan suami isteri yang mana hak ini hanya akan diperoleh melalui tuntutan. Sekiranya tiada tuntutan, maka masing-masing tidak akan mendapat hak mereka. 

Dalam kes yang membabitkan tuntutan selepas kematian, pengagihan Harta Sepencarian akan mendahului pembahagian harta pusaka.

Ini bermaksud, urusan harta pusaka tidak akan dapat diagihkan kepada waris selagi mana kes tuntutan Harta Sepencarian belum lagi diselesaikan lagi.

Untuk mengurangkan beban pasangan selepas kematian dan memastikan bahawa pembahagian harta pusaka berjalan dengan lancar, Deklarasi Harta Sepencarian satu instrumen yang penting dalam memastikan bahawa pengagihan Harta Sepencarian tidak melalui jalan sukar dan rumit.

Ia satu dokumen perjanjian bersama antara suami isteri untuk menyatakan pembahagian tertentu yang dipersetujui bersama dalam memberikan hak kepada mereka terhadap satu-satu harta.

Memandangkan pengagihan harta sepencarian mendahului pembahagian harta pusaka, Deklarasi Harta Sepencarian menjadi instrumen untuk memastikan bahawa pasangan memperoleh harta tertentu dalam bahagian yang tertentu.

4 Situasi Perlunya Seseorang Membuat Deklarasi Harta Sepencarian:

1. Kematian Suami

Harta sepencarian terkeluar daripada harta pusaka kerana ia diberikan oleh suami kepada isteri semasa hidupnya.

Sekiranya suami meninggal dunia, hak isteri di bawah hukum faraid adalah 1/8 daripada baki harta suami dan 7/8 lagi akan dibahagikan kepada waris iaitu ibu-bapa, isteri dan anak-anak. 

Dengan Deklarasi Harta Sepencarian, isteri akan mendapat harta sepencarian dan juga 1/8 lagi daripada harta pusaka suami.

Ada kalanya, anak-anak menjual rumah yang didiami oleh isteri tanpa memikirkan nasib ibu mereka. Jadi kes-kes begini sangat rumit kerana melibatkan anak yang derhaka pada ibunya tapi oleh kerana hak tersebut adalah milik mereka, maka mereka berhak menjual bahagian mereka.  

2. Penceraian

Setelah berlaku penceraian, isteri tidak mendapat hak di bawah hukum faraid kerana beliau bukan waris secara perkahwinan.

Sekiranya isteri hendakkan harta sepencarian maka ia hendaklah dituntut di Mahkamah yang belum tentu menang-kalahnya.

Dengan adanya Deklarasi Harta Sepencarian yang dibuat sebelum bercerai, isteri hanya perlu membuat pengesahan Mahkamah bagi menguatkuasakan pemilikan harta itu.

Tuntutan di Mahkamah Syariah sangat rumit dan memakan masa. Pembuktian dokumen resit-resit, bukti surat, pemanggilan saksi, permohonan tangguh berulang kali oleh pihak suami, akhirnya memberi kesan emosi dan tekanan kepada bekas isteri.  


3. Sebelum Suami Berpoligami  

Apabila suami berkahwin dua, isteri pertama biasanya gagal hendak membuat Deklarasi Harta Sepencarian kerana biasanya isteri kedua tidak akan bersetuju.

Oleh itu, sebelum suami berpoligami, lebih baik pasangan itu membuat Deklarasi Harta Sepencarian. Ini kerana isteri kedua tidak dapat menghalang pemilikan harta sepencarian isteri pertama kerana Deklarasi Harta Sepencarian itu telah ditandatangani sebelum berpoligami.

Juga untuk isteri yang mendapat tahu bahawa suami telah berkahwin di luar negara terutamanya Thailand.


4.Tidak Mempunyai Anak

Sekiranya pasangan suami-isteri tidak mempunyai anak dan suami meninggal dunia, maka hak isteri adalah 1/4, maka baki 3/4 akan difaraidkan kepada adik-beradik arwah suaminya.

Dengan adanya Deklarasi Harta Sepencarian, isteri bukan sahaja mendapat bahagian harta yang dinyatakan dalam dokumen tersebut, bahkan mendapat hak 1/4 ke atas harta pusaka lain suaminya.

Pernah ada kes di mana adik beradik suami tidak memulangkan bahagian 3/4 tersebut kepada isteri. Pernah juga kes di mana sebahagian dipulangkan, hanya setelah adik beradik menyelesaikan hutang persendirian mereka terlebih dahulu (hutang rumah, hutang kereta dan hutang personal loan). Ini kes benar. Jadi amatlah perlu untuk seorang isteri itu membuat deklarasi harta sepencarian untuk memudahkan proses pembahagian pusaka nanti, InsyaAllah... 



Kesimpulan


Deklarasi Harta Sepencarian adalah senjata dan langkah preventif isteri bagi mengelakkan proses tuntutan Mahkamah. Ini kerana Deklarasi Harta Sepencarian adalah persetujuan suami-isteri bagi sesuatu harta yang memerlukan pengesahan Mahkamah dan menguatkuasakan pemilikan harta untuk isteri itu.

Perjanjian atau Deklarasi harta sepencarian adalah cara yang berkesan bagi menjamin isteri mendapat hak pemilikan ke atas harta yang diperolehi semasa tempoh perkahwinan. Ini juga satu cara menjaga hak isteri yang sama-sama bersusah payah mencari harta dan membangunkan keluarga.

Perkhidmatan Harta Sepencarian Kami

Kadang-kadang berlaku keadaan di mana benefisiari simati tidak bersetuju  dengan  tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri. Untuk mengelakkan masalah ini dan lain-lain masalah yang tidak diingini berlaku dikalangan benefisiari selepas kematian, Kami menyediakan dokumen yang mampu untuk mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini ini berlaku.

Kelebihan Membuat Deklarasi Harta Sepencarian

  • Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
  • Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan.
  • Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.
  • Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.
  • Tiada pertelingkahan kerana Deklarasi merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak
  • Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Deklarasi Harta Sepencarian mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.


Cuba Lihat Dua Program Harta Sepencarian di bawah ini. Memang jelas penerangannya:







Jika anda berminat untuk membuat Deklarasi Harta Sepencarian, boleh isi borang di bawah:






Copyright © Penulis Surat Wasiat Islam Designed by azhafizah.com